Thursday, March 8, 2012

Kehilanganmu benar-benar kami rasai



Assalamualaikum kawan2.....




Lama rasanya mengabaikan blog ni. Walau tahu tidak ramai atau mungkin tiada yang membaca, itu tidak mengapa, tidak terkesan di sukma, apa yang penting, terluah segala yang terpendam di dada


Sungguh hati ini masih mencari kekuatan dalam menempuh hari2 mendatang tanpa insan bergelar bapa. Tanpa tunjang utama keluarga. Duniaku rasa kosong tiba2, Allah ja yang Maha Mengetahui tentang perasaan ini. Namun aku tetap Redha dengan segala ketentuanNya. Dia lebih mengetahui. Sungguh. aku Redha Ya Allah.

 ................................................................


Kami sekeluarga memang rapat dengan arwah bapa. Sangat rapat. Arwah bapa sangat2 Friendly dengan kami adik-beradik. Sangat2 memahami. Sangat2 bertanggungjawab.Sangat2 penyayang. Sangat2 baik. Sangat2 cekal, tabah, Segala2nya PERFECT sebagai seorang bapa. aku bersyukur di kurniakan Allah seorang bapa yang cukup sempurna dalam keluarga.


Arwah bapa jarang sekali memarahi kami. Jauh sekali memukul dan mengherdik  kami adik beradik, walaupun perangai kami adik beradik sangat2 menguji keimanan dan kesabaran sebagai manusia  namun, arwah bapa tetap sabar dengan kami, tetap menyayangi kami, tetap membimbing kami. Tidak pernah hajat kami ditolak oleh arwah bapa, kami mau duit arwah bapa bagi tanpa banyak soal, kami mau  melancong arwah bapa benarkan, malah arwah bapa lah yang menjadi supporter kami kalau kami kemana2, Sebut saja kami mau makan apa, arwah bapa bagi dengan senangnya pada kami adik beradik tanpa mengungkit. Arwah bapa cuba beri kami kesenangan hidup walaupun hakikatnya kami bukanlah dari keluarga yang kaya raya. cuma sederhana. Bagi arwah bapa kami adalah keutamaan dalam segala hal.


Arwah bapa tidak pernah menunjukkan riak tidak suka or buat muka apabila kami mau itu mau ini. Kami dimanjakan seperti budak2 kecil. walaupun hakikatnya kami layak sudah menjadi mama/bapa orang. Kalau ada yang tidak kena di mata arwah bapa, arwah bapa akan tegur dengan cara halus. Tidak marah jauh sekali memaki hamun. Solat berjemaah dan membaca Yasin beramai2 setiap malam Jumaat merupakan rutin yang kami amalkan dan arwah bapa juga sering membawa kami berjemaah di masjid setiap kali giliran arwah bapa menjadi imam. (rindu dengan suasana itu).


Arwah bapa juga rajin membawa kami sekeluarga berjalan2, makan diluar bersama, tidur di hotel beramai2, melancong beramai2,memancing beramai2 (arwah bapa memang suka memancing), berkelah beramai2, solat berjemaah dan pelbagai lagi aktiviti sekeluarga. Sifat kekeluargaan yang ada pada arwah bapa membuatkan kami tidak bosan berada di rumah, malah lebih suka berada di rumah. Menjadikan kami rapat antara satu dengan yang lain. menjadikan rumah kecoh dengan gelak ketawa kami.


Arwah bapa juga suka dan pandai sangat memasak. masakan pedas terutamanya menjadi pilihan masakan bapa. Kerana kami dibiasakan masakan pedas dari kecil, nasi berulamkan lada padi menjadi kebiasaan kami. Setiap masakan mesti ada lada. tidak lengkap rasanya makan tanpa lada. walaupun kadang2 masakan bapa simple  namun tetap licin oleh kami sekeluarga. (aku rindu mau makan masakan bapa).


Sifat arwah bapa yang peramah dan mudah mesra menjadi kan arwah bapa sangat2 disayangi oleh orang2 yang berada di sekeliling. Rakan2 sekerja, pekerja2, bekas anak2 murid, saudara mara, jiran tetangga malah sesiapa sahaja mudah mendekati arwah bapa. Kerana sifat itulah mereka senang datang ke rumah, makan di rumah, lepak di rumah,  kadang2 bagi kami sekeluarga pelbagai makanan or hadiah. Malah anak2 murid arwah bapa juga pernah tinggal di rumah. Kerana itu juga kami mengenali dan mesra dengan mereka semua.Kerana sifat itu jugalah bapa disegani dan di hormati. Bukan sahaja kerana sifatnya, tapi juga kerana ilmu yang arwah bapa miliki.

Sebut sahaja namanya pasti ramai yang mengenali. Kepakaran arwah bapa dalam ilmu agama menjadikan arwah bapa seorang Imam yang dihormati masyarakat. Sering menjadi hakim Tilawah Al-Quran peringkat daerah atau negeri, Sering menjadi hakim Marhaban peringkat negeri, Sering juga di hantar untuk menemuduga imam2 seluruh Sabah, Sering juga di jemput memberi ceramah di seluruh masjid atau surau di Sabah, Dilantik sebagai wali hakim negeri Sabah, pernah menjadi mudir Mahaad Tahfiz Al-Quran negeri Sabah, merupakan pengasas dan guru besar Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah (tempat aku menimba ilmu agama) merupakan sekolah agama yang masih kekal sehingga sekarang, banyak lagi jasa (tidak cukup rasanya mau menyenaraikan semua) arwah bapa terutama pada kami sekeluarga amnya dan pada negeri Sabah khususnya.


Arwah bapa juga sangat2 mementingkan bacaan yang betul dalam membaca Al-Quran. Sungguh Arwah bapa sangat garang dan tegas tentang itu. Ada antara kami adik-beradik yang mengalir airmata kerana dimarah ketika belajar mengaji masa kecil dulu. Tapi, kerana marah itulah kami adik beradik pandai mengaji Al-Quran. Kenal huruf Jawi. pandai baca Jawi. Alhamdulillah. berkat didikan Arwah bapa.


Walaupun kadang2 ada syarat dan peraturan yang arwah bapa tetapkan yang kami tidak sukai, namun kami akur untuk kebaikan kami. Arwah bapalah yang banyak dan sangat2 berjasa dalam kehidupan kami. Memang arwah bapa tiada pengganti. Segala2nya memori,nasihat apa sahaja tetap dan akan sentiasa di hati kami. Kalau hendak menyenaraikan semua nasihat dan memori bersama arwah, rasanya setahun pun tidak mencukupi. Biarlah semuanya tersimpan kemas di sanubari kami.



.................................................................

Tanggal 9 Januari 2012, Isnin, Tarikh dan hari yang tidak akan kami lupakan, perginya seorang insan yang benar2 kami sayangi. Perginya tanpa di duga. tiba2. Tidak ku sangka pagi sebelum pergi kerja tulah kali terakhir aku lihat arwah bapa bernyawa di atas katil tidur lena.


Ya Allah...hanya seruan namaMu yang bergema di hati saat bapa disahkan pergi buat selama2nya. Di jemput Illahi. Airmata jatuh tanpa henti. berat benar dugaanMu Ya Allah. Saat menatap jasad arwah bapa, hati berbisik, " Sungguh bersih muka bapa, tanpa misai dan janggut, tenang mata memandang seolah2 bayi yang tidur dalam senyuman". Alhamdullilah Ya Allah bapa pergi dengan tenang dan aman. Alhamdullilah.



jenazah arwah bapa di mandikan, dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Sabah. tempat bapa berkhidmat. Arwah bapa dimandikan sendiri oleh rakan2 sekerja arwah (sampai penuh bilik mandi jenazah disebabkan ramai yang mau memandikan jenazah). Arwah bapa disembahyangkan oleh imam besar yang juga merupakan rakan sekerja bapa dan anak murid bapa bersama 500 jemaah yang hampir memenuhi ruang solat utama. Arwah bapa di kebumikan pada hari yang sama di kg kelatuan Papar (kg arwah bapa), diiringi lebih 10 buah kereta dari KK ke Papar.  kira2 300 orang menunggu jenazah arwah bapa tiba di tanah perkuburan walaupun time tu hujan.  Alhamdullilah segala2nya berjalan lancar.



Jutaan Terima kasih kami ucapkan atas bantuan, pertolongan, sumbangan, dan sokongan kepada semua ahli keluarga dari Banting, Labuan, Brunei dan yang berada di seluruh Sabah, Sarawak, kawan2 rapat arwah bapa, kawan2 sekerja arwah bapa, anak2 murid arwah bapa, imam2 seluruh Sabah, jiran2 dan semua yang tidak disebutkan nama. Hanya ALLAH sahaja mampu membalas segala2nya. Moga semua mendapat Rahmat dariNYA.Amin.

 .................................................................


* Tiada lagi ketawamu dan ceritamu yang kami dengar.
* Tiada lagi Suaramu memanggil kami..
* Tiada lagi alunan ayat2 suci Al-Quran darimu kami dengar.
* Tiada lagi nasihatmu yang kami terima.
* Tiada lagi yang memasak pedas sesedap masakanmu.
* Tiada lagi solat jemaah berimamkanmu.
* Tiada lagi harapanku untuk dinikahkan oleh bapa sendiri.
* Tiada lagi yang setia tanpa mengeluh menghantar dan mengambilku kerja.
* Tiada lagi PEMBIMBING kami.
* Tiada lagi yang aku panggil "bapa".
* Tiada lagi tanganmu untuk kucium.
* Tiada lagi serinya Ramadhan dan Syawal kami.




Ya Allah tabahkanlah kami, tabahkanlah mama unutk menerima semua ini. Sungguh kami Redha Ya Allah. KAU tempatkanlah dia di kalangan ahli syurga. KAU amankanlah dia di sana. Hanya pusaranya menjadi pengubat rindu kami. AL-FATIHAH.




Kenangan bersamamu ayahanda tetap utuh di hatiku.





p/s: ada cerita ayahanda di blog ni klik. (Blog ni merupakan blog salah seorang anak murid ayahanda)








Suarahalus berkata: Benarlah mati itu rahsia Allah. Datangnya tanpa di duga. perginya mengundang duka cukupkah amalanku ya Allah.....

No comments:

Post a Comment