Thursday, December 22, 2011

"Perlukah BIADAB dalam berbusiness?"




Assalamualaikum kawan2.....



Kadang2 apabila berdepan dengan pelbagai orang ni. khususnya dalam bidang pekerjaan.dalam berbusiness buat aku pening kepala.rasa macam mau berhenti kerja ja. banyak betul kerenah.



Yang paling aku nda suka kalau perangai Allah ja yang tahu. Kurang ajar betul.Biadab teramat sangat. sampaikan kepala otak aku ni tertanya2 "perlukah biadab dalam berbusiness?" perlukah ah?perlukah tengking sana?tengking sini?apakah manusia2 begini ni fikir biadab boleh buat business dorang2 ni maju.




hancurrr ada lah lagi bagi aku kalau perangai biadab sangat.customer pun lari. nda kisah lah orang Melayu ka.Cina ka or India ka.kita satu negara bha.adab susila kena jaga. Rukun negara kelima tau kan apa.KESOPANAN DAN KESUSILAAN.walau kita nda puas hati macam mana pun.ADAB KENA JAGA! bukan nda boleh di bawa berbincang.boleh kan.lagi mengeruhkan keadaan apabila biadab tu keluar.



kita sama2 cari makan di bumi Allah ni. so, tiada istilah SOMBONG  jika kita berada di bumi Allah ni. Rezeki Allah tentukan.kita kena berusaha. jangan BIADAB. tidak akan ke mana juga perangai macam tu kan.


ikut cara Rasullulah s.a.w berniaga.baginda tidak perlu biadab kan untuk berjaya dalam berniaga. baginda berjaya lagi. tidak perlu kurang ajar dan biadab semua.





sungguh serius entry kali ni. aku cuma sangat2 tidak suka dengan orang yang biadab ni.semua orang pun nda suka kan.ikutkan hati mau juga aku berhenti kerja.tapi bagi aku kerja di mana2 pun kita akan jumpa juga dengan orang yang sebegini.Sabar ja lah aku.mungkin ada hikmahnya aku berjumpa dengan orang2 yang sebegini.Allah ja yang maha mengetahui.



aku redha!





makasih!



^_^





Suarahalus berkata: kemana hilangnya nilai2 kesopanan rakyat Malaysia sekarang?




Thursday, December 15, 2011

Sakit itu menghapus dosa

Asalamualaikum kawan2...


“Tiada suatu musibah pun yang menimpa seorang Muslim, melainkan dengannya Allah hapuskan (dosa-dosa kecil) darinya sampai-sampai sebatang duri pun yang menusuknya.”( Shahih Al-Bukhari, kitab Al-Mardla, no. 5640; Shahih Muslim, kitab Al-Birr wa Ash-Shilah, no. 2572.)


Dalam satu waktu, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda.“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”


Alhamdullilah...aku antara hamba2 Allah yang terpilih dihapuskan dosa2 kecil. moga Allah pelihara aku.ammiiinn....


Actually aku demam since Monday lagi. Monday tu aku MC coz aku sangat2 lah tidak larat mau pi kerja. Mau tidak mau terpaksa lah aku mengagahkan diri pi jumpa doktor. ikutkan hati MALAS mau jumpa doktor. nanti kalu jumpa kompom kena bagi ubat. sudah ada ubat kena makan.kalau tidak makan macam mana mau baik kan?. Tulah masalah lagi buat aku. YANG SEBENARNYA AKU AMATSANGATTIDAK SUKA MAKAN UBAT!!!!HARAP MAKLUM!!!!


cuba la doktor tu guna kuasa macam ultraman ka tidak pun doreamon ka.tidak payah makan ubat kan senang.hahaha adakah patut macam tu kan.ish3x(sambil geleng kepala).


Terpaksa jumpa doktor jugak!coz sick letter tu penting.rules company kan.kawan2 pun tau jugak kan.sakit mesti ada sick letter.


dah agak da jawapan doktor.demam biasa ja.memang musim.katanyer.ubat pun itu2 juga doktor bagi.ubat demam+tahan sakit+vitamin(aku pun tidak tau kenapa doktor ni bg aku vitamin. pucat mungkin time jumpa dia.haha)


Sekarang, aku ok dah skit. cuma panas badan kadang2 ja datang. tapi selesma + batuk lagi sekarang. Allahhuakbar! dah la mau melancong esok.Moga cepatlah aku sihat.


ok la kawan2.tu ja hari ni.


Mood: walaupun sakit tapi semangat tetap ada mau melancong.hehe



Makasih!



^_^





Suarahalus berkata: INGAT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA.

Monday, December 5, 2011

Kata aku tentang OMBAK RINDU

Assalamualaikum kawan2....





Wahhh!!! tetiba gambar ni muncul untuk entri aku kali ni. yalah sudah seantero alam bercerita tentang filem ni. aku pun ambil kesempatan dalam kesempitan gitewww.yalah mana tau pageview meningkat. mana tau follower bertambah kan(jom follow menfollow).hehe.
 lagipun aku ni jenis yang MALAS mau ulas2 filem, drama or sewaktu dengannya. Filem ni lah yang first aku ulas okeyy!!! sebab apa? sebab aku suka novel ni.Novel ni sangat10x best.so. aku mau tengok novel diadaptasikan menjadi filem.(selalu dulu berangan novel ni kena buat drama or filem).



Bagi aku , from my side sebagai penonton,filem ni TERBAIKKK!!!!! not bad!.selama 2 jam lebih dalam pawagam filem ni langsung TIDAK buat aku bosan. jalan cerita yang menarik. pelakon memang pandai memainkan peranan masing2. paling aku suka watak hariz lakonan Aaron Aziz.memang Aaron pelakon yang berbakat. Watak hariz yang Aaron bawa memang seperti yang aku gambarkan apabila membaca novel.Sungguh!! dia pandai bawa watak hariz dengan jayanya.


Cuma aku masih rasakan yang watak Izzah tidak sesuai untuk Maya Karin. aku bukan tidak minat dia, cuma kurang menyengat bagi aku. tapi, Maya Karin tidak menghampakan.dia masih mampu memberi lakonan yang mantap. dan, dalam filem ni first time  aku tengok Lisa Surihani seksi. 



Jalan cerita sangat best, happy ending cuma tidak tau apa terjadi dengan datuk tu(mungkin ada sambungan la ni)tidak membosankan,enjoy tengok cerita ni dan enjoy juga tengok penonton yang menonton. Sampai menangis,ketawa(walaupun adegan tu tidak lucu)dan paling geram ada penonton yang jadi pengkritik filem disitu. bising sangat2.bising itulah inilah. Allahuakbar! kalau tiada kesabaran mau juga aku sumbat mulut empunya badan dengan botol mineral water yang aku bawa tu.Nanti tdak pasal2 jadi kes gaduh pula kan.so kawan2, kalau kita di pawagam tu jagalah adab, hormat orang sekeliling.


cerita ni memang sedih lagi2 part Aaron aziz nangis, menusuk jiwa gitu. tapi yang aku hairan aku TIDAK mengalirkan air mata langsung. adakah aku termasuk dalam manusia  berhati rock ?.hehehe.entahlah labu......



Satu lagi, aku rasa walaupun TIADA adegan 18sx tu, filem ni masih best lagi.tidak perlu adegan tu pun tidak apa. tidak perlu sebenarnya adegan begitu untuk memperindahkan jalan cerita.Hubungan mesra suami isteri tidak semestinya diluahkan dengan cara tu. banyak lagi cara yang kita boleh perlihatkan.



Yang aku suka tentang filem ni, tempat2 dalam filem ni sunguh2 cantik. dekat mana durang berlakon ahh?lagi2 dekat sawah di kampumg tu.sangat cantik aku tengok. ka durang edit2 bagi cantik? ntah pa nama dia tu. aku kalau pasal filem ni kurang arif. tengok filem ja aku pandai.hahaha.




Kalau mau aku cerita A-Z jangan haraplah kawan2, baik kawan2 pi tengok sendiri tidak sama dengar orang cerita dan tengok sendiri. pi lah tenggok.


aku bagi 4/5 tuk filem ni.ok kan.



Makasih!



^_^





Suarahalus berkata: menjadi trend pula sekarang novel diadaptasi menjadi filem or drama. jangan sampai penonton bosan sudahlah.

Wednesday, November 30, 2011

Empatbelastigapuluhtiga HIJRAH.

Assalamualaikum kawan2.....


Selamat menyambut Maal Hijrah 1433H.Apa azam kawan2.... mari kita berazam menjadi manusia yang lebih baik dari semasa ke semasa. tapi janganlah berazam ja.berazam + usaha + tawakal = berjaya Insyaallah.


Apa azam aku tahun ni ahh???? emmm...mau kurus? <-- malar azam ni tiap tahun tapi tidak juga kurus2...apalah....so, tidak mau azam itu lagi. gugur dari senarai. Azam aku tahun ni:


eh! mana boleh bagi tahu. psssttttttt!!!!!! RAHSIA AKU. sudah tercapai baru boleh hebohkan satu dunia.
hahaha. (ketawa ganas).



Tapi kawen kena masuk dalam azam ka????


ok! itu sahaja hari ni.


Makasih!  


^_^




Suarahalus berkata: Kita seringkali lupa apa yang kita azamkan apabila kita berada di pertengahan dan akhir tahun.kannn????


Friday, November 11, 2011

sebelas november duaribusebelas


Assalamualikum kawan2........


ok! dah lambat! tapi mau cakap juga. Selamat Hari Raya Aidiladha kawan2!!!!. Raya Haji kawan2 mcm mana? ok! aku baru mau wish! lambat pun  lambat lah hahaha. Nanti aku upload gambar2 time raya haji k, not in mood sekarang mau mengupload. Jangan tanya kenapa. haha

Hari ni hari yang indah tarikh yang cantik 11.11.11 gituwww. cantik kannnnn..........chumil lagi...hari Jumaat lagi tu penghulu segala hari. Pada sesiapa yang birthday, kahwin, anniversary, bertunang  dan sebagainya, semoga segalanya lancar dan diberkati Allah hendaknya. 


Tarikh dan hari sungguh cantik tapi jangan lah kerana tarikh tu kita melanggar syariat agama. Janganlah kerana tarikh tu kita percaya benda2 khurafat lagi mensyirikan. tidak salah kita mau mengabadikan kenangan yang indah pada tarikh2 yang cantik, tapi jangan la sampai kita percaya tarikh tu mampu membawa dan memberi tuah kepada kita. jangan sesekali kita lalai k. INGAT! yang kurniakan kita tarikh tu hanya DIA.  yang memberi kita rezeki hanya DIA. yang memberi kita segala2nya hanya DIA. Tuhan pencipta kita semua.


ok! itu ja mahu  membebel hari ni.


makasih!


^_^




Suarahalus berkata: Tarikh dan hari apapun, walau secantik mana sekalipun, hanya amalan yang di kira. tiada satu tarikh pun terkecuali.

Thursday, November 3, 2011

Apabila keretapi bertembung dengan lori minyak

Assalamualaikum kawan2..............

Terkejut beruk(beruk pun tidak terkejut macam aku) aku isnin lepas bila dengar keretapi rempuh lori minyak di sabah. Di ulangi di sabah! tiba2 di petang yang hening kecoh satu KK tentang itu. Ya Allah...kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali.


Allahuakbar! aku dapat tau pun dari my sis, macam dalam mimpi ja perkara 2 berlaku di tempat sendiri. macam tidak percaya. betulkah? macam mana dengan penumpang? macam mana dengan pemandu? ramai yang menyangka ada yang terkorban, tapi Alhamdullilah...tiada yang terkorban, hanya 8-12 orang  yang tercedera. kalau ada yang terkorban tidak kah tambah haru biru keadaan. Allahuakbar! semput sekejap.


Menurut orang2 yang boleh dipercayai, asap dari kejadian tu sangat lah tebal dan tinggi(kan berlanggar dengan lori minyak), bayangkan lah sampai bandar kk asap jelas kelihatan. of course dari rumah aku pun nampak. tidak perasan pula asap tebal dari rumah(ok! kena tutup oleh bangunan memang lah tidak nampak!). patutlah hari tu udara bau lain sangat macam bau2 gas dan bau2 terbakar gitu. nasib baik hujan rahmat turun bau pun kejap ja hilang, kalau tidak menghidu toksid la jawapnya.


Dipercayai keretapi penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Aru menuju ke Papar apabila sebuah lori tangki minyak sedang menyeberang landasan keretapi hendak masuk ke stesen minyak tetapi terlambat membuatkan berlakunya perlanggaran itu. Setahu aku jalan yang digunakan oleh lori tangki minyak itu untuk menyeberang adalah lintasan haram. Ada notis di situ yang jalan itu akan ditutup tidak lama lagi. Sebenarnya jalan tu jalan "short cut", kalau tidak silap aku jalan halalnya kena berpusing lagi. tu lah tabiat manusia mau pantas2 ja sampai kadang2 lupa dengan keselamatan diri sendiri.


Dalam hal ni bagi aku tiada faedahnya menunding jari sesama sendiri, apa yang penting sikap dan kesedaran diri tu yang penting. Cari punca dan cara tangani masalah ni lagi penting dari tuduh menuduh yang tiada kesudahan.


Moga segala yang berlaku menjadi iktibar kepada kita semua, moga mangsa-mangsa yang cedera cepat sembuh.


cerita lanjut di sini dan di sini juga ada


p/s: basi da cerita ni aku baru mau tulis.  <---- kerana diriku sangat sibuk, hari ni baru ada masa. ^_*


makasih!


^_^



Suarahalus berkata: Tiada yang kekal di muka bumi ini, kerosakan, kemusnahan, kebinasaan sering terjadi. semua itu menjadikan kita berfikir, hanya DIA yang kekal selamanya.

Monday, October 31, 2011

Lagu aku suka

Assalamualaikum kawan2................

Hari ni tidak mau membebel banyak2...just mau share lagu yang aku suka pasal insan yang bergelar
WANITA.
Walaupun aku pasti ramai dah kawan2 tau pasal lagu2 ni tapi aku mau share juga. mau juga!mau juga! <--- mengada sikit...sikit ja la. ok! lupakan.

Paling penting aku suka lirik lagu ni...meaningful gitu. Kagum dengan penulis lirik lagu ni, walaupun ayat biasa2 ja, but meaningful (2 kali dah sebut) tau, rasa di hargai sangat2 sebagai wanita terutamanya wanita chumil macam aku ^_* (chumil kan haha). ok! dah mula membebel, kawan2 hayati dan dengar lah betapa meaningful(3 kali dah) lirik lagu ni ditambah dengan melodi yang sodappp.sazzzzzsssssss!layannnnnnnnn.......

first lagu dari kumpulan nasyid ni:

WANITA - deHEARTY
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (Syam DeHearty)
Lirik : Syamer (Syam DeHearty) 
 kalau mau dengar kemeaningfulan lagu ni boleh pi sini.



Second lagu tentunya lagu dari my favorite singer, the one and only Dato siti nurhaliza. ^_^
Lagu ni antara lagu yang aku suka (semua lagu DCT suka sebenarnya). Penuh bererti + melodi yang indah + suara yang gemersik + DCT nyanyi = lagu pun jadi sedapppp.betulkan???? so, layanzzzssssss....


Wanita - Siti Nurhaliza

huuuu…

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)
aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Korus) (2x)
Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…

 kepada sesiapa yang rasa mau menyanyi sama2 dengan DCT bolehlah p here

Bolehlah angan2 berduet dengan DCT. betul kan????

 orite, apa yang penting berbangga lah kita sebagai wanita. Allah letakkan darjat yang tinggi sebagai wanita di muka bumiNYA ni. Alhamdullilah.

P/S: sila nyanyi lirik di atas bukan baca k.(supaya lebih menghayati maksud di sebalik lagu  <---- ada kena mengena ka?)


makasih!


^_^  


Suarahalus berkata: Wanita mahupun lelaki kedua2 hamba Allah. Setiap Apa yang Allah ciptakan tersembunyi beribu2 kebaikan yang hanya DIA ketahui. Jadilah hambaNYA yang bersyukur.

Saturday, October 29, 2011

tentang AKU bukan tentang KAMU

Assalamualaikum kawan2..................


Hari ni aku mau kongsi pasal diri aku. Al maklumlah aku kan empunya blog. memang menjadi kemestian mempromosikan diri sendiri. Ahakss (^_*).

1) Aku warganegara Malaysia of course, Asal negeri Sabah(Sabah tanah air ku..yeaahhh!), berumur 25 tahun (ok!aku dah jubli perak!).
2) Aku BUKAN artis, selebriti, orang terkenal atau sama waktu dengannya Aku hanya manusia biasa hidup di muka bumi Allah. Punya semangat yang waja dan kuat gitewww.cita2 yang tinggi. berfikiran positif. ^_^

3) Seorang yang SANGAT SENSITIF tapi bukan CENGENG!

4) suka kucing. chumil bangat.

5) tidak suka lipas dan ulat2 segala.geli aku.

6) Suka membaca.

7) Prinsip aku dalam bekerja. bila buat kerja WAJIB buat yang TERBAIK, walaupun kerja yang dilakukan kecil dan remeh.

8) Peminat setia insan bernama DATO SITI NURHALIZA.

9) Susah mau marah. tapi awas!! jangan buat aku marah, buruk padahnya. ^_*

10) Sangat pemalu, tapi tidak sombong. ( selalu orang salah faham)

11) Tidak peramah dengan orang yang baru jumpa.

12) Sangat peramah dan banyak cakap dengan orang yang lama kenal (lagi2 yang sekepala) .

13) Tidak suka coklet.

14) Sangat suka makanan pedas2 (Tiada selera makan tanpa lada).

15) sudah ada future husband!..InsyaAllah, moga Allah permudahkan jodoh kami.Amin. ^_^

 16) sangat SUKA MENGUMPUL aksesori seperti gelang, rantai, kerongsang, jam tangan dan sebagainya tapi sangat TIDAK SUKA memakainya.(macam tu punya orang pun adakan.emm...?)



1
SANGAT suka dia!



Ni antaranya sahaja. banyak lagi sebenarnya yang menarik tentang aku (menarik ka?). mau senarai semua, sangat mustahil ya kawan2, penuh la nanti blog ni. so, mau kenal lebih lanjut jom follow aku, jom! kita saling mengenali, menjalin ukwah serta berkongsi ilmu dunia dan akhirat.



makasih!

^_^



Suarahalus berkata: Diri setiap insan di bumi ini berbeza2 supaya kita saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Friday, October 28, 2011

Sebuah kisah seribu pengajaran

Assalamualaikum kawan2......

Salam Jumaat..Jumaat yang penuh berkat. Hari ni tidak  mau membebel banyak2... just mau share sebuah kisah yang penuh pengajaran. terutamanya kepada kawan2 yang sedang bercinta. Jom kita baca, kita selidiki dan dalami maksud cerita ini (macam edisi khas pula hahaha ).

Cerita bermula................

Pada suatu hari di sebuah sekolah yang indah, seorang murid bertanya kepada gurunya (ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai KASIH SAYANG).

 PELAJAR: " Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? " .

CIKGU: "Ok, kamu kena ikut apa yang saya suruh kamu lakukan. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali, dan petik rumput yang PALING CANTIK bawa ke kelas".

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, TIADA sehelai rumput pun di tangannya.

CIKGU: " Kenapa tiada sehelai rumput pun kamu bawa wahai pelajarku"?

PELAJAR: " Tadi semasa saya berjalan di padang, saya pun mencari rumput yang paling cantik. memang banyak sungguh rumput yang cantik, tapi Cikgu kata hanya petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi, sampai di penghujung padang, saya tak jumpa satu pun yang paling cantik. mungkin diantara rumput yang dibelakang saya tadi merupakan rumput yang paling cantik. namun, saya tidak boleh menoleh ke belakang semula maka tiadalah rumput yang saya boleh petik".

CIKGU: " Yang itulah jawapannya pelajarku. maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik2nya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku dan semoga yang berlaku tidak berulang lagi. dan ingatlah. tanpa kita sedari kadang2 orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. walaupun sememangnya ramai lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Cerita tamat.............

kawan2 dapatkah merungkai maksud di sebalik cerita di atas? Bagi pemikiran aku (penat tau otak aku berfikir!hehe) antara value dalam cerita ini:
 
1) Sayangi lah dan hargailah orang yang berada di sisi kita sekarang, mungkin dia yang terbaik yang ALLAH kurniakan kepada kita.

2) Memang ramai yang lebih baik dan cantik di luar sana, TAPI sememangnya tidak sama dengan orang yang kita sayang kerana di sungguh istimewa di hati kita. 

3) Mengajar kita supaya buat keputusan dengan bijak jangan sampai keputusan yang kita ambil menimbulkan penyesalan di kemudian hari.

4) Sentiasa berSYUKUR dengan anugerah Allah kepada kita, janganlah kita TAMAK kerana kadang2 kita leka dan alpa bahawa yang disisi kita itulah yang memberi kebahagian kepada kita berbanding yang di luar sana.


Apa pula Value yang kawan2 dapat? jom kongsi2.

AmatSangatpaling suka lirik lagu ni (lagu dari kumpulan nasyid IN-TEAM): like it ^_^

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

lirik penuh boleh klik di sini (sila tengok lirik sangat best!) mau dengar pun boleh di sini (dengarlah menusuk kalbu )

 
dari En yang baik hati. En. Google

JOMM! kita berdoa moga kita dan pasangan dikurniakan kebahagian,ditetapkan iman di hati, dipermudahkan jodoh,di berkati Illahi dan di jauhkan dari syaitan2 yang direjam. AAAAMMMINNNN......

Tapi kalau kita dah jaga baik2 tapi putus juga macam mana ah? emmm. itu dari sudut lain ya kawan2, bukan kerana kita tidak menghargai sesama sendiri tetapi Allah mau menguji. Itu DARI SUDUT LAIN! SUDUT LAIN!HARAP MAKLUM!


makasih!

^_^


Suarahalus berkata: Tiap manusia dilahirkan berpasangan, cuma bila,di mana dan macam mana  menjadi rahsia Allah. hanya Allah yang maha mengetahui.

Monday, October 10, 2011

Dalam duka ada ceria

Assalamualaikum kawan2 sekalian alam...
moga sihat sejahtera hendaknya....



Mau kongsi dengan kawan2 perkara yang berlaku minggu lepas. Minggu lepas minggu2 biasa juga bagi aku cuma minggu lepas minggu terlebih suka juga minggu terlebih duka bagi aku.yang duka kawan2 semestinya tau da kan..pasal aku kena marah tu(kena marah pun mau heboh satu dunia kan)kena marah yang kaw2 punya walaupun bukan sebab aku,sebab bos(dia kan bos..mana boleh salahkan dia huhu <---pekerja yang baik kunun)..tapi tidak pa aku boleh ambil pengajaran dari apa yang berlaku, think positive kan kawan2.kena marah macam tu memang duka bagi aku,walaupun orang tidak nampak di muka aku(aku kan happy go lucky) tapi dalam hati...Allah ja yang tau.SABAR.............



ALHAMDULLILAH....segala puji bagi Allah...dalam duka ada ceria...minggu lepas minggu juga minggu yang indah buat ku....mau tau sebab apa kawan2...minggu lepas genap setahun aku kerja di tempat sekarang daaaaaannnnn yang paling BESTnya...GAJI AKU NAIK!!! yahhooo!!!! alhamdullilah....ni kali kedua gaji aku naik dalam tahun ni. First hari tu bulan satu,after 3 months aku kerja di sini dan aku kena ambil jadi "PERMANENT".


Alhamdullilah....semua rezeki datang dari ALLAH. SYUKUR...



ada juga yang tanya kenapa dia yang kerja mau 10 tahun tidak pandai naik gaji. Aku yang baru setahun mau naik gaji dua kali sudah. Kenapa? oh sesungguhnya aku tiada jawapan untuk itu ya wahai penyoal. Yang aku tau datang office kerja dan buat kerja.Pasal gaji sila tanya bos! Wallahu'alam rezeki masing2 sudah Allah tentukan.



Sepanjang setahun(macam baru ja aku kerja aku rasa haha) aku kerja di sini banyak yang aku belajar.banyak yang aku tau dan macam2 orang yang aku jumpa. banyak benda yang aku belajar dulu aku boleh applied dah sekarang hehehe(senyum bangga kunun) Alhamdulillah. Moga lebih banyak ilmu yang aku dapat dan pelajari di sini nanti, Insyaallah. Moga  sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik olehNYA untuk diriku agar mampu bekerja dan menjadi pekerja yang cemerlang dunia & akhirat.






tu ja mau membebel hari ni
makasih!



^_^



Suarahalus berkata: Jauhi sifat negatif seperti mengumpat,merungut,memaki dan sebagainya ketika bekerja dan sentiasa ikhlaskan hati,bekerja kerana Allah rezeki dan berkat Allah senang masuk. Wallahu'alam.

Friday, October 7, 2011

Kena MARAH!!!!!

Assalamualaikum kawan2...
salam hari jumaat yang mulia.....


Hari ni tidak mau tulis panjang2 coz malas hahahaha(ketawa ganas yang ayu ahh), so just mau bagitau yang aku sangat10x stress + sedih + macam2 perasaan hari ni.kenapa? sebaaaaaaaaaaaaaaaaaab...pasal  boss,aku yang kena marah...huahuahua(menangis baby mau susu ibu).sedih betul...sudah la banyak kerja ari ni(padan muka selalu merungut bosan)kena marah lagi(first time kena marah begini)adduiii kurus semangat...

lebih teruk dari ini ok. Tapi aku kena marah bukan pasal bantal! #sekadar gambar hiasan dr en hensome - en google - #

aku tidak la sampai menangis. cuma sedih ja. Chumil ni gambar kan....#dari en.google#

Tapi tidak pa...aku pekerja yang kuat bha...boleh redah ja semua tu...boleh bha kalau aku...aku kan positif...setakat kena marah...(kasih tenang diri sendiri ni) apa juga...haha redha ja bha...SABAR...(kasi gumuk balik semangat) btw suka dengan ayat ni:



 "Allah tidak akan temukan kita dengan orang yang salah,kerana setiap orang yang kita temui itu akan memberi kita pengalaman untuk kita belajar erti sebuah KEHIDUPAN"




YES!!! betul itu ayat....berdepan dengan orang yang marah aku tadi  bagi banyak pengalaman pada aku macam mana berurusan dengan orang2 yang berperangai macam si pemarah tadi(nama si pemarah adalah sulit ok)di masa akan datang dan macam mana mau mengawal marah kita sampai lupa perasaan orang lain. Berdepan dengan si pemarah tadi buat jantung aku berbisik "moga aku tergolong dalam orang yang sabar,jangan lah aku jadi pemarah macam dia ni"




mungkin antara itulah sebab kenapa Allah temukan aku dengan orang begitu. supaya aku BELAJAR tentang perasaan orang lain, tentang perangai orang lain dan sebagainya. apa yang pasti pengalaman kena marah(teruk owwhhh macam mau menangis meraung segala <---nasib cepat ingat Allah)tadi betul2 mengajar aku erti sebuah KEHIDUPAN.



*kena marah sikit pun mau kecoh kan. Orang baiksopansantunpemalulemahlembut mana pandai kena marah, sekali kena marah naaaahhhhh ambi kaw. tapi AWASSS!!! KALAU marah mau PERANG DUNIA KETIGA OWWHH!!!! (nasib sabar itu masih tebal ^_^ )



*cakap tidak mau tulis panjang2 oppsss!!! terpanjang sudah!


itu ja mau membebel hari ni
Makasih!


^_^





Suarahalus berkata: Marah itu berpunca dari Syaitan, Syaitan itu tercipta dari api, hanya air yang mampu memadamkan api, maka apabila marah basahi lah badan kita dengan air wudhu' insyallah marah itu akan hilang.





Wednesday, September 28, 2011

JANGANlah kita..............

 Assalamualaikum kawan2...


kawan2...
JANGANlah kita menjadi pekerja....
-apabila kerja merungut sana-sini (padahal kerja itu memang kerja kita)
-apabila kerja mementingkan diri sendiri...(kita bekerja di bawah satu company..bukan bekerja seorang diri)
-apabila kerja mengumpat hal itu hal ini...
-apabila malas bekerja tapi bila keluar gaji dialah yang paling rajin..(untuk hari itu saja rajin...tensen yang
amat dengan orang begini)
-apabila malar (selalu) berfikiran negatif....(tiada cas positif langsung dalam diri...jauh2kanlah diri kawan2       dari orang2 begini..takut menjangkit...nauzubillah...)
-apabila bekerja takutkan cabaran dan rintangan..kerja mau senang ja...(susah mau maju orang begini tapi angan2 tinggi mau jadi itu dan ini)
-apabila bekerja trip bagus,banyak pengalaman, tahu serba serbi...(tapi bila suruh buat kerja macam budak2 tadika mengenal ABC...astagfirullahalhazim...jauhkan lah dari sifat begini...)
-apabila bekerja tidak tahu menghormati...(cakap tidak berlapis teriak sana sini,mengalahkan bos pulak ni)

Banyak lagi sebenarnya kawan2 ni antaranya sahaja.JANGANlah kita menjadi pekerja kalau beperangai seperti di atas...Nauzubillahiminzalik...semoga kita di jauhkan dari sifat2 tersebut.

Tiba2 pula entry aku kali ni pasal kerja,(serius ja ni)yalah nama pun pekerja.aku pun baru lagi bekerja tapi banyak kali sudah berjumpa dengan orang yang berperangai di atas.perangai2 di atas aku TERalami sendiri(terpaksa jumpa..arahan BOS..haha).

Jom kawan2 marilah kita menjadi pekerja yang baik dan tidak menyusahkan orang, bagi aku biarlah orang happy kerja dengan kita,kita kerja biar enjoy..biar ikhlas..agar rezeki yang masuk berkat, apa pun yang kita buat atau lakukan niat tu penting, kalau kerja kerana ALLAH InsyhaAllah segala2nya mudah untuk kita.

Apa yang penting fikir positif berdepan dengan orang2 begini. Ada hikmahnya yang tersembunyi apabila Allah mengaturkan kita bertemu dengan orang2 yang begini. wallahu'alam


So...
JOMM!!!! jadi pekerja yang cemerlang,gemilang dan terbilang...
JOMM!!!! bantu kerajaan capai Wawasan 2020


#semangat yang amat sekarang# (^_*)



itu ja mau membebel hari ni
Makasih!


^_^


SuaraHalus berkata: Beginilah antara perangai penduduk bumi..

Monday, September 26, 2011

Ramadhan dan Syawal ku

Assalamualaikum kawan2.....
Selamat petang....

Moga selamat hari2 yang kawan2 lalui..rindu pula mau meng up date entry hari ini..selalu sangat-sangat lah itu penyakit "M" pakat ramai2 datang.hehe

Kawan2 apa kabar? macam mana ramadhan kawan2? macam mana syawal kawan2?meriah?semoga ramadhan yang telah kita lalui dan syawal yang hampir sampai ke penghujung memberi makna pada kita semua.

Ramadhan tahun ni(aku baru nak cerita...haha)Alhamdullilah...aku sambut dengan rasa syukur kerana di beri kesempatan untuk merasainya lagi.paling best kan..kann..kannn..Birthday aku bulan Ramadhan tahun ni...!!!!yahoooo!!!!(sila bertepuk tangan...)bukan senang dan susah tau Birthday jatuh bulan Ramadhan..susah mau dapat tau...sambut birthday di bulan yang mulia dan penuh berkat....Tahniah pada yang lahir bulan OGOS!!!!yeahhh!!!!!

Apa yang penting pengisian di bulan Ramadhan 2....ambil peluang yang datang dengan sebaiknya...isi dengan benda2 berfaedah dan teruskan di bulan2 yang seterusnya.bukan setakat bulan Ramadhan ja okkeyyy kawan2...

Syawal pula syukur Alhamdulillah...sambutan sentiasa meriah...balik kampung menjadi agenda utama kalau Syawal..first Syawal di rumah ja..second balik kampung my Momz..third Balik kampung my Dad..pulang-balik ja...dulu masa kecil2 selalu bermalam dan lama2 di kampung time raya..hehe cuma bila besar (bukan saiz ok..) just pulang-balik ja..mungkin masing2 kerja dan ada komitmen lain dah kan..so sangat susah kalau bermalam2 ni.

Perkara yang sinonim dengan Syawal ni memang kompom ada tidak lain tidak bukan..jeng..jeng..jeng..adalah...RUMAH TERBUKA or OPEN HOUSE dalam bahasa British. termasuk la rumah aku..Rumah terbuka sentiasa di buat tiap2 tahun..thanks kawan2 yang datang...lain kali datang lagi habiskan makanan di rumah aku k...yang tidak terlayan 2 sory sangat2(trip macam artis pulak..)...faham2 lah kalu open house kan tidak terlayan semua(trip banyak tetamu datang..) tapi apa yang penting balik kenyang perut penuh..hati pun banyak senang kannn.

So kawan2 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR & BATIN....

*sempat lagi kan...kan..kan..(berapa kali 'kan' la)


# before tu...adalah sikit(banyak sebenarnya cuma malas mau upload)gambar raya aku.jommm layan!!!!



berjubah ni raya ke3.di bawah tu my old sis.


di kampung my dad.bukan ja beraya tapi bergambar pun wajib.



my siblings(girls).ada lagi seorang tapi time ni my sis tu di tempat keluarga mentua dia.(dah kawen kan)




lebih kurang ja kan gmbr atas dgn yg ni. saja upload. mau suh tgk senyuman ku mcm paksa ja kan.haha dan mau bagitau kami sehati sejiwa. baju pun hampir sama. ^_^ (ok!abaikan)






paling suka ni gambar.ssssssssaaaaaaaannnnnnnngggggtttttttttttt chumil!!!!!!!!!!!!!!!!Anak buahku.Nenek dia kasi jahit baju tu ok.buat cucu kesayangan kan.cucu first. Time ni mau masuk 7 bulan dah.





ok!aku nampak kepala ja.ni raya first.sila abaikan aksi2 manja itu. :p





on the way balik kampung my mom. if balik kampun my mom mesti pakai baju sama.satu keluarga mesti sedondon.kecuali di belakang tu. tu jiranku. dia pun mau ikut juga beraya di kampung. suka hati kau la panjang.(dia memang panjang/tinggi).



raya first.emmm cuba teka di mana ni? hehehe


* mesti kawan2 tau dah kan. gambar2 di atas dari fb aku. haha mau buat macam mana kan aku MEMANG MALAS mau upload gambar. walaupun gambar banyak sangat di laptop,pendrive dan hp. :-)


itu ja bebelan hari ni
makasih!



^_^


SuaraHalus berkata: sangat2 bersyukur menjadi rakyat Malaysia, negara yang aman dan damai bebas dari segala perang,sengketa,bencana alam dan sebagainya ketika ramadhan dan syawal dan bulan2 yang lain. moga Allah melindungi negara kita.Ammmiiiinnnn............

Tuesday, July 12, 2011

Rindu bulan Ramadhan.

Assalamualaikum kawan2....

Rindu sungguh aku dengan bulan Ramadhan..tidak sabar rasanya mau bertemumu ramadhan....RINDU SANGAT-SANGAT....

Kawan2 tidak rindu ka....jangan tipu...kawan2 pun rindu kan....kan?kan?kan...?

tidak lama lagi tidak smpi 1 bulan lagi mau puasa sekejap ja kan...macam baru ja puasa...

so.....jommm!!!!! kawan2 ramai2 kita ganti puasa....hahaha sempat lagi ni mau ganti....

aku tinggal 1 hari lagi mau ganti...sok Insyaallah abis dah puasa ganti aku...kawan2 macam mana?

mesti ada yang dah bayar habis kan...aku ja lambat...kenapa aku bayar lambat?dekat2 puasa baru mau bayar..

kenapa?

sebab......entahla kenapa....hahahaha

just it for today!


makasih!

^_^


Suarahalus berkata: Bulan yang penuh berkat,rahmat dan keampunan.bulan yang istimewa bagi orang islam.

Saturday, April 2, 2011

Majlis cukur jambul MOHD AZRUN.

 Assalamualaikum kawan2...............

Alhamdullilah..pada 18/3/2011 yang lalu genap seminggu dah anak buah ku...majlis cukur jambul telah d buat di rumah, walaupun sederhana tapi ramai juga jiran2 dan saudara mara datang. Terima kasih daun keladi! Turn anak aku silalah datang lagi. wahh!!! macam tidak lama lagi bunyi.haha.mudah-mudahan jodoh cepat.

OPPPSSS!!! kerana kesibukan yang teramat entry untuk majlis ini terpaksa di tangguh.hehe.di bawah sedikit  tentang majlis itu. :-)

Majlis itu bermula selepas solat isyak..dimulai dengan marhaban dari kumpulan marhaban Masjid Negeri Sabah. Selepas 20 minit (or lebih juga) baru bayi di bawa keluar. untuk menjalankan upacara tersebut,
beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih. Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk.Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain. 

Dalam islam amalan sunat yang dilakukan semasa bayi berusia tujuh hari adalah:

1) melakukan Tahnik atau membelah mulut.
2) mencukur rambut(cukur jambul).
3) menamakan anak.
4) Berkhatan
5) aqiqah

So, pada malam tu, dengan rasminya bayi itu diberi nama jeng!jeng!jeng! MOHD AZRUN BIN ASBOLLAH. bapa aku yang bagi nama merangkap atuk Azrun, (actually, umi,aunty2 dan uncle2 Azrun ada nama lain dah, tapi Atuk Azrun dah bagi nama ikut ja lah labu...hehe) Tiada bantahan.semua pun ok.maksud nama tu pun ok.."yang gagah perkasa" giteww.

So,kawan2 dua ja gambar yang aku ada (itu pun bukan aku ambil) tuk majlis tu, maklumlah tuan rumah sibuk melayan tetamu. Tuan rumah yang baik dan peramah.kunun!
meragam dah time ni.



tengah di cukur jambul/rambut.
Credit to: mack(capturez production)


makasih!!

^_^

Suarahalus berkata: Indahnya islam....setiap perkara yang disunatkan mengandungi pelbagai hikmah yang banyak.untuk kebaikan umatnya.bersyukur kerana dilahirkan islam.Alhamdullillah.

sebuah kehidupan.

Assalamualaikum kawan2...............

rindu pula dengan blogku awal2 pagi ni...lama tidak menconteng sesuatu di sini..

banyak kejadian yang berlaku di sekeliling kita sejak akhir-akhir ni kan...cerita pasal dunia...tentang gempa bumi ,Tsunami dan pencemaran radiaksi di Jepun.ditambah lagi dengan serangan ke atas Libya,sambutan earth hour. belum lagi cerita di negara kita...pasal pilihanraya,pasal politik,sukan dan hiburan tanahair.

banyak sungguh cerita dan kejadian yang memberi iktibar dan pengajaran yang amat besar kepada kita sebagai hamba-NYA yang kerdil.semoga kejadian-kejadian itu membuat kita lebih berfikir sebagai manusia.

Begitulah lumrah hidup kan kita sering kali di uji dengan benda-benda yang kita tidak sangka.apa yang penting kita mestilah sabar dan tabah menghadapi ujian yang diberikan kerana sesungguhnya manis akan kita rasa kemudian dr ujian-ujian tersebut...

Naaaaa kaaannn apa sudah aku bermadah x tentu2 ni....hehe cuma dua perkataan ja yang boleh aku simpulkan hehe BEGITULAH SEBUAH KEHIDUPAN......ada suka yang mengajar kita ketawa bergembira,ada duka yang mengajar kita betapa berharga air mata,ada susah yang mengajar kita untuk berusaha dan ada senang yang mengajar kita supaya tidak leka...itulah kehidupan sentiasa mengajar kita untuk selalu bersyukur.


 ALHAMDULLILAH......
Ihsan dari EN.GOOGLE

p/s: saja membebel di pagi hari.


Makasih!

^_^

Suarahalus berkata: Hidup kita, kita yang corak kan..maka BIJAK lah kita dalam  memilih corak yang betul.


Monday, March 14, 2011

Anak buah pertamaku

 Assalamualaikum kawan2.......

Alhamdullilah....Tanggal 11 MARCH 2011 bersamaan hari Jumaat (5 Rabiul akhir 1432H) dengan ini, selamatlah seorang bayi yang CHUMIL lahir kedunia. Welcome to the world my 1st nephew!..baby sungguh CHUMIL...
CHUMIL kannnnn........ ^_^

This baby lahir melalui operation, tapi Alhamdullilah anak dan ibu selamat...itu yang penting. Lagipun baby ni overdue da. Due date hari Isnin lahir hari Jumaat. Bukaan pun belum cukup, so terpaksa doctor operate takut baby lemas. Alhamdullilah dua2 selamat.

Untuk pengetahuan kawan2 sekalian, baby ni merupakan baby 1st our family. I mean, baby ni cucu pertama my parent dan anak buah pertama kami adik beradik. Tu yang excited sangat, jaga anak buah sendiri. Anak sendiri? oh! itu tunggu aku kawen la lagi super excited kan.haha.

Bila ada anak buah ni, kalau keluar shopping ja mesti ada ja mau belikan untuk baby. baju la, kasut la(walaupun lum pandai berjalan lagi),mainan la(walaupun lum pandai main lagi),hehe macam2.

So baby welcome to home!!!!!mmmuuuuaaaaahhhhh!!!!!!


^_^


Suarahalus berkata: Moga jodoh aku dipermudahkan olehNYA. Supaya Super duper excited bila dapat  baby. Bertuah menjadi wanita. Alhamdulillah.

Friday, February 25, 2011

IMAM MUDA...

 Assalamualaikum kawan2..........

Hari ni tiba2 pula aku mau cerita pasal IMAM MUDA......bukan apa...esok imam muda ada ujibakat di sabah...(musim kedua) tergerak hatisanubarijiwaraga aku mau berceta pasal IMAM MUDA ni....

Pinjam dari EN.GOOGLE

Bagi aku program ni sangat2 bagus untuk tontonan umum..program realiti yang banyak manfaat...aku pernah tengok season 1st program ni...sebagai penonton, bagi aku program ni...BEST...BEST SGT10x....program lain dari yang lain, program realiti yang banyak memberi dan menambah ilmu untuk kita ...banyak ilmu yang kita boleh dapat dari program ni...ilmu dunia dan ilmu akhirat... tidak rugi tengok..dan sangat2 menyentuh hatijiwaraga bila dengar imam2 muda mengalunkan ayat suci al-quran..menusuk kalbu..sangat indah. kawan2 tengok la k.

Yang paling membanggakan  negara luar pun tertarik dengan program ni...dapat liputan lagi ..tidak percaya baca di sini siapa dapat nama, MALAYSIA juga kan...bangga aku sebagai rakyat malaysia....malaysia boleh! (tiba2 semangat) bukan mudah program realiti apa lagi program berunsur kerohanian dapat di terima masyarakat luar...tapi imam muda mampu buat begitu...fuuhhh!!! cayalah....Syukur Alhamdullilah....
EN.GOOGLE pinjam k!


Suka dengan imej (BUKAN muka k, husband orang tu ahaks ^_*) yang di bawa pemenang musim pertama IMAM MUDA ASYRAF...tidak semestinya imam sentiasa berjubah,sentiasa serius,dan macam2 lagi pandangan orang tentang imam yang pada aku kurang betul.Sila ubah pandangan kawan2, yang imam2 ini sukar dan susah di dekati. wrong perception! sila betulkan.

Kita tunggu dan lihat  second season Imam muda nanti. siapa pula peserta terpilih? layakkah peserta sabah? apa pula tugasan yang menanti mereka?dapatkah mereka melaksanakan tugasan dengan sempurna?siapakah juara IM kali ini?. Wahh!!! banyak betul persoalan. jawapannya tunggu dan lihat.

makasih!

 ^_^


Suarahalus berkata: Sejuk ja mata memandang imam2(semua imam2 k!) ni kan, walaupun ada muka yang garang tapi tetap nampak kelembutan di situ. Alhamdullilah.

Tuesday, February 22, 2011

UNGU....

 Assalamualaiukum kawan2....


Apa favorite color kawan2????
favorite color aku sudah semestinya jeng!jeng!jeng! UNGU... atau PURPLE dalam bahasa British.



serba sdikit tentang warna UNGU:
-Warna UNGU adalah hasil campuran warna merah dan biru.(oh yeahh!suka dua2 warna ni juga)
-Melambangkan kewanitaan dan keibuan.
-Warna untuk pertumbuhan spiritual, falsafah kejayaan dan sikap yang positif.
-Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan.(ohh tidak!aku sangat teliti okeeyy!)
-Seorang yang luar biasa orangnya(Luar biasakah aku??? haha)
-Dalam menghadapi masa depan,tidak pernah ragu2. Apa yang dikerjakan adalah yang terbaik.
-Pandai mengikuti perkembangan zaman(yalah sangat....kihkihkih)
-dalam percintaan...hanya mereka yang mempunyai mental yang kuat dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu(paling aku suka ni...soooo my hubby u bertuah okkeyyy!!)


kenapa UNGU???
entahlah kenapa...susah mau jawab itu soalan...(SILA fikir sendiri)


Kebanyakan baju aku kalau boleh semua mau color UNGU, tapi mana la boleh kan...macam mascot pula nanti pastu ada juga orang pangill Teletubbies.Nda pasal2 jadi kartun.hahaha


so, color favorite kawan2 pula apa?
kena ka dengan diri kawan2?
SILA FIKIR SENDIRI OKKEEYY!!




^_^

Monday, February 21, 2011

Masa yang bernilai.

 Assalamualaikum kawan2........


Kerja sangat banyak sekarang. Bila tiada kerja bising..bosan la...bila banyak kerja pun bising.
memang manusia begitukah? teruknya aku...hehe


Tapi aku suka kerja banyak sebab masa berjalan dengan pantas gitu. tidak payah mengira masa tiap2 5 minit. Teruknya kan. So, kawan2 JANGAN ikut perangai itu. Taaaapppiiiiiii........JANGAN fikir bukan2..aku mengira masa, at the same time aku berfikir tau, berfikir macam mana mau menjadi manusia yang lebih berjaya, berfikir tentang masa depan aku (siap dengan carta lg tau!). so, masa aku tidak terbuang begitu sahaja tau kawan2 sekalian.(emmm bukan berfikir kerja juga ka?)


Apabila banyak kerja perkara yang paling aku TIDAK suka of course kena ganggu or kacau. So, JANGAN kacau aku time aku busy k! i dont like it. melambatkan kerja aku. dah lah boss suka bagi kerja 4-5 kerja dalam satu masa (well pekerja yang dipercayai memang kena bagi kerja banyak2 dalam satu masa ^_^ ) kena kacau lagi alamatnya bertukar menjadi hijau la aku. kalau hijau yang baik macam power rangers (tiba2) tidak pa la juga..cuba kalau jadi monster. how? ndakan mau panggil cicakman pulakkan(eh cicak?eee geli...).


berbalik pada tajuk...hehe moral of the story...jangan la kita merungut bila bosan dan bila kerja banyak, hargailah masa kerana kawan2 tau kan masa itu EMAS. bagi aku setiap SAAT dan DETIK yang kita lalui sangat2 bererti buat kita. Setiap SAAT yang kita lalui adalah sesuatu yang MUSTAHIL untuk kita ulang, HANYA pengalaman dan pengajaran yang kita dapat kutip untuk bekalan di masa hadapan.INGAT! itu kawan2.


so, hargai masa dan sama2 kita renungkan maksud ayat AL-QURAN di bawah, dari surah Al-'Asr ayat 1-3:

Bismillahirohmannirohim...........

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."


^_^




Suarahalus berkata: Sungguh banyak kekurangan pada diriku yang perlu dibaiki. salah satu darinya adalah MENGHARGAI MASA!.

Wednesday, February 16, 2011

AKU DEMAM.....

 Assalamualaikum kawan2....

Demam melanda diri kemarin...
nasib baik pas mkn ubt ok sudah..kalu tidak..kompom cuti hari ni...tapi hidung still tersumbat...susah mau bernafas ni tau...

Tapi TIDAK apa...DUGAAN..bukti ALLAH sayang diriku ...
demam selesma yang berjangkit dari orang....memang MESTI berjangkit la kalau selesma ni....


aku REDHA!
Besar pahala bagi orang2 yang sabar...
^_^



Alhamdullilah.




Suarahalus berkata: kagum dengan orang yang mampu BERSABAR dengan penyakit yang dihidapi.


Sunday, February 13, 2011

AKU.....?BLOG......?BLOG.....?AKU......?



 BISMILLAHORRAHMANNIRAHHIM.........
 Dengan nama Allah yang Maha Agung..........


AKHIRNYAAAA.... siap juga aku buat blog...huh!!!my blog is active now!!! ..hahaha selamat membaca(adakah yang mau baca???? emmmm???).


13 FEBUARI 2011
-blog aku WUJUD
-tiba2 TERsuka dan TERminat buat blog(tiada dipengaruhi oleh sesiapa)
-KAWAN2 DILARANG mengambil atau mencuri gambar Cik empunya blog ini tanpa kebenaran k. Kalau mau SILA MINTA IZIN!!!
-sila HORMAT (bukan bagi tabik hormat ahh) blog ini ketika singgah di sini.
-sila BERADAB ketika singgah di sini. kawan2 berbudi saya berbahasa ok.
-itu sahaja buat masa ni.
-jom merehatkan otak ^_^

oppsss!!!
Tujuan aku buat blog?emmm???pa ahh?

*nanti aku fikir k.



 Makasih!


Suarahalus berkata: Saya baru belajar, kalau ada ILMU silalah ajar.