Thursday, December 13, 2012

Kursus kahwinku




Assalamualaikum prenz..



Alhamdulillah..Selamatlah sudah diriku dan chentaku menghadiri kursus kahwin pada 24&25 November 2012 yang lalu. Alhamdulillah. Banyak ilmu yang diperolehi dan yang penting kursus ini sangat2 BEST!.


Aku berani jamin(jamin tue) tidak rugi datang dan bayar Rm100 untuk kursus ni. berbaloi2. Percayalah. Mula2 aku ingat kursus ni mesti membosankan. Yalah dalam kepala otak aku, bila dengar ceramah ja mesti bosan,ngantuk dan segala2.(pemikiran yang biasa bagi orang yang tidak suka dengar ceramah kan.betulkan prenz?) Tapi tidak untuk kursus kahwin di Sabah ni. Prenz p la kalau tidak percaya.


ok. mula2 kalau mau mendaftar kena isi borang dulu. Borang seperti dalam entry ini . Alaaa..gambar yang aku suruh teka tu. Gambar tu actually gambar borang kursus kahwin.hahaha. kena isi borang tu dulu(borang boleh ambil di Mawaddah Management, Wisma Muis.orang sabah pasti tau d mana kan.) then hantar dan bayar RM100. Better bayar terus bagi mengelakkan sebarang masalah timbul kemudian hari.



Lepas hantar borang tu. pihak sana akan bagi prenz resit(kena bawa masa kursus nanti) dan kena bagi sekeping kertas mengandungi syarat2 dan peraturan kursus. Macam gambar di bawah ni:




Masa kursus tersebut akan disediakan pen, buku teks berkenaan perkahwinan(tengok gambar di bawah) dan fail tuk simpan semua benda tu.


Buku ni jadi hak milik peserta.boleh bawa balik rumah. untuk rujukan ya.



Selain tu, akan diberi juga sekeping kertas untuk prenz isi komen2 yang puas hati, tidak puas hati..terlebih puas hati pun boleh..kertas tersebut kena hantar time last kursus.(dan aku lupa hantar kertas komen tu pada urusetia. -_- Oh maafkan saya ---->versi Zizan).


Ni la borang yang aku lupa hantar tu. Aiyooo..


Ada 6 penceramah semuanya dan hampir kesemuanya BESTT! Paling terkesan sekali di hatiku adalah ceramah daripada Tuan pengurus kursus kahwin ini sendiri, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad. Sangat700x berkesan. Pada orang2 Sabah yang belum p kursus kahwin lagi, silalah pergi k. di tempat ni aku syorkan. Kalau aku cerita kompom panjang lagi entry aku ni. So, better prenz p sendirilah. Yang sudah p tapi tempat lain, boleh ja tanya aku di kemudian hari.hehe.


Kesimpulannya(ewah), Kursus ni memang berkesan dan bermanfa'at buat kita bakal2 isteri dan bakal2 suami untuk menghadapi alam rumahtangga yang lebih mencabar. Ilmu yang diberikan sangat2 membantu kita dalam melayari bahtera rumahtangga. Apa yang paling ditegaskan dalam kursus ni, ada tiga perkara seperti yang kita sedia maklum iaitu Akidah, Ibadah dan Akhlak. Jika cukup ketiga2 perkara berkenaan Insyaallah rumahtangga dan kehidupan kita akan bahagia dunia dan akhirat. Jika kita amalkan ketiga2 perkara ni sebelum berumahtangga juga tiada masalah. memang itu asas yang kita kena ada sebagai hambanya di muka bumi ini.


Aku cerita panjang2 pun nanti bosan pula kan, so better prenz rasai sendiri keBESTan kursus ni. Lepas habis kursus prenz kompom kena bagi terus sijil kursus praperkahwinan ni. Tidak payah tunggu sehingga seminggu tuk dapat sijil ni. kena bagi terus ok. Dun Worry.


beginilah rupa sijil tu. sorang satu sijil ok.


Selepas dua hari penat(penat sangatlah kononnya) berkursus, prenz bolehlah menyantaikan diri di tepi pantai yang indah. Sambil menghirup udara yang segar.


Pantai Tanjung Aru Sabah ^_^v


sekian saja bebelan yang panjang hari ni..



Daaaa...




Suarahalus berkata: Semoga segala perancangan menuju ke sana diberkati oleh MU ya ALLAH..

Friday, November 16, 2012

Selamat Tahun Baru






Assalamualaikum prenz



Selamat tahun baru....salam Maal Hijrah 1434 H. semoga tahun baru ini memberi kita sinar baru dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar ni. 


Azam aku Tahun ni? emmm banyak sebenarnya...dari semua aspek kehidupan. Apa yang penting aku ingin memajukan diri dalam semua bidang. Berubah kepada yang lebih baik. Cari kerja lain yang lebih stabil (Aminnn) agar aku dapat membantu keluarga aku dan dapat kahwin cepat.eh. Dan banyak lagi azam yang aku ingin capai di tahun baru ni. Merangkumi kehidupan dunia dan akhirat. Semoga semuanya dipermudahkan dan diperkenankan olehNYA. Aminnn..


Jommm kita sama2 berazam dan berusaha mencapainya. ^_^v










Suarahalus berkata: Tahun baru Masihi juga bakal menjelma. debaran jantung makin terasa. kenapakah?

Friday, November 9, 2012

Perancangan ke sana





Assalamualaikum prenz....




Entry kali ni entry sejuk dah. Belum lagi bertukar jadi Hulk (harap2 janganlah bertukar lagi.penat tau). Nanti ada pula yang fikir aku ni panas baran. sikit2 mau marah. Isshhh tolong jangan berfikir begitu. aku wanita normal ok yang tau marah. so biasalah tu marah, sedih, gumbira, ketawa , menangis, ceria lumrah kehidupan. Warna-warna kehidupan kannn..lagipun bukan semua entry aku jadi Hulk. Ada juga aku jadi Ultraman, Spiderman, Cicakman..eh apa yang aku merepek ni. dah2 jangan di layan.


Selamat Hari Raya Korban prenz (eh.lambatnya aku wish.memangselalubegitu.silatepuktangan). Aku sibuk sebenarnya. Tu yang tidak dapat menyinggah di blogku ini. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan urusan peribadi dan sibuk dengan alam sekeliling yang memerlukan komitmen dari diri ini.chewahhh.


Tapi aku tiada mood la prenz mau story mory pasal raya Korban. Rasa sedih ja diri ini bila sambut Raya korban. Banyak saaaaaaangat memori dengan Allayharham Ayahanda. Lagipun Raya Korban laaama dah kan berlalu. basi dah cerita.aku baru mau cerita. Apakahhalnya? so, kita story tentang lain. ubah topik. ubah topik.


ok. sekarang diriku sedang menyiapkan diri ke arah itu. arah apakah itu? haaaa....itu rahsia...tunggu....


sebagai langkah pertama. diriku kena ambil ni kursus...kursus juga rahsia. if aku dah selamat menghadiri kursus tu baru aku story mory k...Semua akan diberitahu kemudian. Insyaallah. Tunggu ja lah prenz...semua masih dalam perancangan lagi. 


Tapi aku bagi klu juga la...klu dengan sekeping gambar boleh...??? Siapa dapat teka memang hebatlah. Senang ja. Pada sesiapa yang pernah menghadiri kursus ni mesti tau punyalah.




tekalah...tekalah.....prenz kan bijak pandai.... ^_^v









Tu ja lah yang aku mau membebel hari ni...



Sekian Terima Kasih kerana membaca bebelanku.



Suarahalus berkata: Kita hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan. Semoga segalanya dipermudahkan dan dilancarkan olehNYA. AAAMMMIIINNNN......

Friday, October 19, 2012

Kau buatlah suka hati kau




Assalamualaikum prenz



aku tiba2 berubah menjadi HIJAU. Jadi HULK. Bukan aku bertukar sebab mau ganti kerja Hulk. biarlah dia buat kerja dia tu. malas aku mau ambil. Bukan sebab tu. Sebabnya. aku MARAH! (eh kenapa Hulk marah warna hijau ah kenapa bukan merah?)


Ni minggu kedua dah orang yang sama buat aku marah di tempat kerja. aku nda taulah apa masalah dia ni sebenarnya. Yang hairannya semua orang bermasalah dengan dia ni. Termasuk bos. Ikutkan hati bos tu lama dah dia kena berhenti kerja. Tapi memandangkan bos kesian dengan dia ni tahan jalah. Yalah siapa mau kasi makan family dia kalau dia tiada kerja kan, susah lagi mau dapat kerja sekarang lagipun dia tua sudah, 50 tahun..beliau2..siapa yang mau ambil kerja? Tapi nda tau bersyukur lagi.adoiiiii..


Kalau aku mau tulis perangai dia, memang buang masa aku ja. Tambah dosa aku adalah. Cuma aku hairan ada lagi manusia begini wujud di bumi Allah ni. Manusia yang nda pandai guna akal yang diberiNYA. Mulut memaki sokmo. Astagfirullahalazim.


Aku yakin Allah dah aturkan aku kerja di sini dan jumpa dengan dia ni, aku YAKIN besar hikmah yang tersembunyi. Yang mungkin juga aku tidak ketahui. Tapi yang paling penting kesabaran aku benar2 teruji & aku rasa aku makin jadi penyabar. baguskan. Aku minta kekuatan & kesabaran, Allah bagi aku ujian sebegini rupa. From that, aku dapat apa yang aku mau kan. Kekuatan & kesabaran dalam menempuhi kehidupan.


Aku malas dah mau fikir pasal dia.(dah ngacau hidup aku kadang2 TERpaksa  juga la fikir pasal dia) Buat otak aku serabut ja. Susah aku mau betulkan nanti.haha Ko buat la pa ko suka pak cik ( kurang dah rasa hormat aku ni dengan dia sikit lagi mau jadi empty). Selagi ada sisa kesabaran ni, selagi ko tidak melampau. Ko jangan jolok sarang tebuan. Naya jawabnya.


P/s: Aku dah berubah normal semula, jadi warna ungu(warna normal aku bila x marah.eh?)




Suarahalus berkata: Kadang2 rasa macam mau bedah ja otak orang2 yang berfikiran macam ni.kasi betul mana yang salah.Bolehkah? hahaha

Monday, October 8, 2012

Exam SPA ku





Assalamualaikum prenz...



Hari tu aku ada post tentang aku kena hadir exam kan. Kalau dah lupa boleh klik sini -----> klik saya ^_^v .
Hari ni ada masa n kesempatan sikit (bajet sibuk memanjang padahal malas memanjang) mau cerita pasal ni. Bukan pa boleh juga nanti prenz di luar sana jadikan panduan & rujukan kan.


Cerita ni berdasarkan pengalaman aku time di sana la.Pengalaman orang aku tidak tau. Mehhh baca story aku. Story biasa ja actually, just mau kongsi rasa & pengalaman.



ok. 2 minggu sebelum Exam, SPA mesti dah hantar surat, email or sms kepada calon yang layak untuk di panggil exam. So, tiada sebab calon tidak tahu la kan. Pemberitahuan  awal di buat kerana tuk menyenangkan calon supaya boleh ready-meady(oh My English!) segala. Menyenangkan calon tuk study pa yang patut. Tapi 2 minggu ja. Please SPA or pihak yang berwajib bagi tempoh yg lama lg.(Demand la pulak). Tidak cukup masa sungguh. Tapi ada juga baiknya sekejap kan, cepat hilang kenebesan.ok aku memang amatsangat nebes kalu bab2 begini.ketawakan aku lah tu.(merajuk 1 minit).


Ni first time aku kena panggil exam oleh SPA. Setelah sekian lama mengisi baru kena panggil. Syukurlah juga kan dari tiada. Tapi kalau kena panggil tuk interview tu ada, cuma bukan rezeki aku. Tuk exam ni yang first la, cuba la tidak payah exam, interview ja terus kan senang or terus masuk kerja kan bagus (ewah3x suka hati ko kan). 



Aku kena panggil exam tuk jawatan PENOLONG PEGAWAI TRAFIK UDARA GRED A29.(hah ambik ko jawatan apa ni?) mula2 tu heran juga aku, adakah aku pohon jawatan ni, sekali tgk balik ada pulak aku pohon.Apalaaa... Ni suma gara2 main pohon2 ja.hentam la ko asal cukup syarat yang di tetapkan.


Before tu aku kenalkan sikit la bidang keja tuk jawatan ni. Mana tau ada prenz yang masih blur2 kan. aku pun tau setelah meng'google'kan diri. so, aku share2 lah dengan prenz kan. Kerja ni sebenarnya kita sebagai controller or guide kepada pilot. Arahan2 kepada pilot semua keluar dari kita. so, kita memang sentiasa berhubung dengan pilot. before berlepas,semasa,dan before landing pilot kena ikut arahan kita. Lepas landing suka hati durang la mau buat apa.mau guling2 atas jalan pun boleh.tiada orang larang.ishh adakah.  Kita akan jadi Trafic controller di udara. Kan Udara tiada Trafic Light. So kita la yang jadi Guide pilot2 sekalian. ada faham. Itu secara asas lah.Banyak lagi tugas controller sebenarnya. Tapi apa yang penting kita lebih berkuasa dari pilot lah kan.hahahahahaha(ketawa orang gila kuasa).*belum apa2 dah gila kuasa.adoiiiii.*


ok.Exam ni ada 4 seksyen. seksyen A tentang pengetahuan am. Seksyen B soalan Matematik. Seksyen C kefahaman Bahasa Inggeris and Seksyen D ujian sahsiah.


Jom aku explain satu2 seksyen k. Untuk Seksyen A, Seksyen ni  calon diuji dalam semua perkara.  semua bidang ekonomi, politik, sukan dan sebagainya kecuali gosip2 artis segala tiada k.harap maaf pengosip sekalian. Tapi exam aku hari tu banyak kena soal berkaitan kapal and berkaitan dengan kerja sebagai traffic controller la. So, calon2 sekalian mesti kena ambil tau semua benda k. Actully seksyen ni senang ja if kita tau la kan. jadi Susah bagi mereka yang tidak tau. kunci utama di sini kena BELAJAR. kena ambik tahu benda2 yang berkaitan dengan kerja ni dan dunia sekeliling kita.kena ALERT!



Seksyen B pula berkaitan dengan soalan Matematik. Hahhh! seksyen ni aku rasa paling susah dalam banyak2 seksyen. Yalah kena belajar semula M3 time2 sekolah Menengah dulu, Lama dah tu berkarat dah otak. Kebanyakan soalan M3 time form 4 & 5 yang kena soal. yalah calon2 mesti pas dah kan SPM. if soal taraf Diploma bukan semua calon dari bidang yang sama kan. So, sangat memenatkan disini, tidak dibenarkan guna calculator ok, dengan soalan yang berbelit2, ada soalan kena fikir ikut logik lagi so masa memang betul2 tidak cukup di sini. Calon mesti pandai bahagi masa. Bayangkan 45 minit untuk 50 soalan. Apakah? Kompom tidak cukup masa kan. Sampai last2 soalan adalah dalam 10 soalan terakhir aku main bulat or hentam2 jawapan sahaja. Ikut suka hati aku. Betul2 masa ni fikir dah Fail. Tidak akan pass exam ni. huhu. sangat2 down time ni. Tawakal ja.



Then Seksyen C, Kefahaman BI. Ni senang sikit, soalan basic tentang grammar, soalan dari petikan, & macam2 lg. All questions in english yer you all. So, pada yang expert2 tu kompom tiada masalah. Makan kacang lagi susah. Percayalah. hehe. Time ni, semangat aku naik balik. Dalam hati doa moga2 seksyen ni dapat cover Seksyen B tadi.


Seksyen D, Ujian sahsiah. 100 soalan semuanya dalam masa 1 jam (nasib bek lama juga masa). Seksyen ni soalan lebih kepada sahsiah or diri calon. calon perlu jawab YA ATAU TIDAK ATAU TIDAK BERKENAAN sahaja. Tiga pilihan jawapan. Calon cuma perlu jawab dengan JUJUR. Bagi aku seksyen ni soalannya sama cuma kena putar belit saja. So mungkin dari sana pemeriksa tau samada kita jujur or tidak. Ada juga soalan yang lucu, soalan yang tiada2 orang sabah cakap, semua kena tanya. Cuma keJUJURan saja diperlukan. Sangat senang. Be uself.



Dalam jam 1 juga habis exam (macam dalam jadual la). Then pas exam aku jalan p 1B, dalam hati Tawakal ja. Lulus atau tidak belakang kira yang penting pengalaman ada. If tidak lulus, next time tau sudah bentuk soalan & exam yang dijalankan. memang peratusan untuk lulus aku rasa kurang time ni. Usaha sudah, doa sudah then Tawakal saja yang tinggal.



sebulan kemudian (ceh macam cerita drama pula), dapat keputusan peperiksaan dari SPA, bahawasanya aku LULUS. Allahuakbar. aku memang tidak sangka langsung boleh pass. Sampai aku baca email dari SPA tu banyak kali. sampai aku eja lagi perkataan LULUS 2. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdullilah ya ALLAH.


entry ni macam aku jakun kena panggil exam oleh SPA kan. tu pun heboh satu dunia, bukan aku sorang ja kena panggil. mesti pren fikir begitukan....?betulkan..jangan tipu. Macam aku cakap di atas aku mau share pengalaman ja untuk calon2 yang akan datang. coz sangat2 susah mau dapat info di internet tentang jawatan ni. so, bagi membantu bakal calon2 akan datang aku tulis la entry ni. Tiadalah nanti calon2 garu2 kepala yang tidak gatal berfikir mau ready pasal apa. Lagipun blog aku kan. Suka hati aku lah mau tulis apa.hahahahaha (ketawa paling jahat di abad ini).


Next entry aku cerita pula penilaian pas lulus exam ni. lagi susah. sekarang ni tengah berdebar dugdap2 ja jantung ni tunggu result. Semoga aku LULUS.Aminnnnn.......



P/s: Bukan senang mau kerja kerajaan sekarang kan. kena ambil exam 2 exam ni, kena saring macam2. Adoiiii... Sabar ja kan...mudah2an ada rezeki aku di sini....aminnn..



Sekian, itu saja bebelanku hari ni. Penat tangan menaip n otak mengatur ayat.



da...... ^_^



Suarahalus berkata:  kita berHAK mencari kerja lain walaupun kita sudah mempunyai pekerjaan. Betulkan...?

Thursday, September 20, 2012

Cinta bersatu




Assalamualaikum frenz....




Jarang rasanya aku meluahkan rasa tentang hubungan cinta aku di dalam blog ni kan. cukup lah frenz tau aku dah berpunya (malu sambil tutup mata guna jari ^_*). Aku malas sebenarnya mau bagi tau satu dunia tentang hubungan cinta aku. Sesuatu yang belum halal buat aku. Bagi aku bercinta biar senyap2, dah kawen nanti baru boleh share satu dunia.(tapi masih mengikut garis2 dan lunas2 yang telah di tetapkan olehNYA).



Hari ni tiba2 pulak cakap pasal ni kenapa? demam ka aku? isshhh tidaklah. kena tunggu demam dulu ka baru boleh buang tebiat?hahaha. 



Alkisahnya......sejak dua empat enam menjak ni...telinga aku ni selalu di hidangkan dengan alunan lagu ni...hampir tiap hari juga dengar lagu ni...mula2 dengar biasa2 ja..sudah berjuta2(kononnyalah) kali dengar terjatuh cinta pulak dengan lirik lagunya. Simple but maksudnya sangat2 aku suka. kena dengan aku. hehe. malunya aku..Frenz hayati lah sendiri. Mungkin juga kena dengan diri frenz sendiri kannnnn.



Mesti frenz tertanya2 kan apa lagu 2? siapa penyanyinya? sssaaaabbbbaaarrrrr k....mau gtau la ni...
Mula2 aku pun dont know juga siapa yang nyanyi...tiap kali dengar lagu ni mesti banyak tanda tanya yg keluar siapa yang nyanyi lagu ni. Tanya dengan adik, adik pun tidak tau..(cuba tanya pasal arits korea laju ja jawab.aiyooo.). Then, gunalah kemudahan yang ada..maka meng "google" lah diriku. dengan brapa saat ja.  See, kemajuan yang ada.dengan jari ja senang dapat. Tau dah segala maklumat. Hebat dunia sekarang. Bayangkan 20 tahun akan datang mungkin tidak payah lagi menaip segala main cakap ja kan. Dunia2......




Ok. berbalik pada cerita utama. Lagu ni biasa2 ja, penyanyi pun biasa2 ja. tapi macam aku cakap tadi aku suka dengan lirik lagu ni ditambah lagi dengan melodi yang sedap di dengar. Jeng3x............



Memperkenalkan lagu tersebut ialah....................





CINTA BERSATU DARI LIYANA JASMAY.........(SILA TEPUK TANGAN KUAT2X.....)


ok. tidak terkejut pun.ko memang suka lagu tiada2.weiiii!!!!! lagu ni femas apa.best ooowwwhhh.cuba dengar dulu.kompom ko suka.(bercakap dengan diri sendiri <----gila ka apa? )


ni lirik lagu 2......


Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu





Simple kan.tapi amat3x bermakna buat aku. Tidak sangka pula Liyana Jasmay yang nyanyi.suara dia sesuai lagi nyanyi lagu slow kan.(siapa setuju angkat ibu jari kaki).


siapa mau tengok MTV lagu ni boleh klik sini jangan malu2. ada lirik lagi boleh nyanyi sekali menyumbangkan suara yang sedia sumbang tu. ^_^v


kalau mau dengar aku nyanyi....silalah BAYAR k.amat mahal suaraku ini. suara ada iras2 Siti Nurhaliza haruslah mahal. Ada mau dengar kah????? hahaha



ok. selamat mendengar.menyanyi.menonton.dan sewaktu dengannya.bergangnam style(sungguh tidak sesuai ok).daaaa......






Suarahalus berkata: sesekali menghiburkan diri dengan hiburan dunia tidak apa. Asalkan JANGAN kita lupa urusan Akhirat.

Saturday, September 8, 2012

Selamat Hari Raya!!!!!!




Assalamualikum Frenz.......



Selamat Hari Raya Aidilfitri (kenapa aku selalu ja lambat wish?). Baru ada mood mau menulis d blog ni.banyak sebenarnya yang mau diceritakan(cewah.macam ada orang mau tau.tp ada aku kisah.haha). Banyak liku2 dan cubaan kehidupan yang aku hadapi sekarang. Ada buat aku happy, sedih, Nervous, takut, kacau jiwa di buatnya. Tapi belum sampai gila lagi la.

Cehhhh!! apakah yang aku merepek ni. haha. Ntahlah. Nanti kalau aku rajin(kalau la..)aku cerita la dengan frenz k. Cerita Raya aku pun aku malas mau story mory, apatah lagi mengupload gambar raya aku yang comel lote.haha. sangat2 penyakit malas itu bermaharajalela dalam diri ini.


Tapi untuk menghangatkan Syawal yang semakin ke penghujung ni.aku letak la juga satu(satu pun jadi la kan) gambar raya aku. Gambar ni di ambil after i and my family beraya di kampung sebelah arwah my father before balik kampung my moms.(Hah!!! ambik ko bahasa rojak).

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
mana gambar ni...??? 

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Sabar k...

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
jeng..jeng..jeng.....


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
ok ni gambarnya......haha ^_^v



*Ni pun Gambar dari fb,kena Tag.haha.selamat menonton.





P/s: Ni bukan group Nasyid k.Bukan juga latihan Nasyid untuk pertandingan nasyid.Ni baju tema raya my family tahun ni.Harap maklum.



Sekian Terima Kasih daun ketupat!



Suarahalus berkata: Sayu hati ini beraya buat pertama kalinya tanpa Allahyarham Ayahanda.





Friday, August 17, 2012

Ramadhan Jangan pergi





 Assalamualaikum frenz....


Rasa sekejap ja kan kita berpuasa.menempuh bulan yang mulia.belum cukup rasanya masa sebulan untuk kita merebut ganjaran yang ada di dalam bulan Ramadhan,yang mana ganjarannya berlipat ganda.kena tunggu 11 bulan lagi.Semoga kita diberi umur yang panjang untuk bertemu Ramadhan tahun depan.Aminnnn.....


InsyaAllah dalam beberapa hari lagi kita akan berhari Raya.Tapi semangat aku berhari raya macam tiada.macam tiada mood.entah kenapa.macam Ramadhan tu cepat sangat ke penghujung.sampai orang wish aku "selamat Hari Raya" pun aku macam blurr.dalam hati cakap "awal lagi mau raya"(padahal 2 hari lg syawal tiba).kenapakah dengan aku?


Tertanya2 aku sendiri.Mungkin aku bersedih Ramdhan itu bakal pergi.Takut tidak aku temui lagi.Ya Illahi...kau panjangkanlah umur ku agar aku dapat lagi merasai Ramadhan yang indah ini.Aminnn....




   *Gambar dari Tuan Google*




Tertarik pula aku dengan kartun ni...ngam dengan apa yang aku rasa sekarang.jumpa dekat wall fb.nice.




Monday, August 6, 2012

Happy Birthday to me!!!!!



Assalamualaikum frenz...


Selamat berpuasa.dah puasa ke 17 hari ni baru aku mau wish. tapi tidak pa yang penting belum habis puasa lagi kan.Semoga Ibadah kita diterima olehNYA.Jom sama2 kita tingkatkan amalan di bulan mulia ni.Ditambah pula hari ni Nuzul Al-Quran kan.siapa2 yang liat buka Al-Quran tu,ni la masanya juga tuk buka,pelajari,baca dan fahami apa yang terkandung di dalamnya.Jangan hanya jadikan Al-quran sebagai hiasan di almari2 cantik frenz sekalian k.


4 Ogos lalu(2 hari dah berlalu) Juga tahun ke-2 besday aku di bulan puasa.(baru sempat menulis hari ni.haha) Tahun lalu juga begitu. Bertuah kan.jarang orang besday time puasa.Di bulan yang mulia.


Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izinNYA aku masih lagi di beri ruang dan peluang untuk bernafas di muka bumiNYA ni. 26 Tahun.YA.26 TAHUN. itulah umur aku.tua ka? haha sangat2 tidak kisah makin tua.coz tua itu lumrah hidup.semua orang akan menghadapinya.pakai botox ka,cucuk sana cucuk sini tua tetap akan datang.tiada apa yang perlu di takutkan dengan tua.


Banyak juga frenz yang wish aku di fb.Thank You sooo much frenz2 sekalian.Ingatan anda sangat2 dihargai.Memandangkan bulan puasa, tiada sambutan untuk besdayku. tapi aku tidak kisah
sebenarnya.sambut atau tidak.cukup ingatan dan doa orang sekeliling sudah memadai bagiku.


umur tu layak dah kawen kan.doa2kan aku supaya di permudahkan ke arah itu.menghalalkan yang haram di sisi Allah.Aminnn.kadang2 kita tidak tahu mau jawab apa kan bila orang tanya bila mau kawen.Soalan yang kita sendiri tiada jawapan.tapi soalan tu juga yang sering ditanya.manusia memang begitu kan.sudah tau tanya lagi.hahaha.macam orang cakap jodoh ajal dan maut di tangan Allah.kerja Allah dan Rahsia Allah.Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita tentang itu.Yakinlah!



Semoga aku dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dalam semua perkara,dipermudahkan dalam segala hal,semoga impian aku tercapai.doa2kan ya frenz.Insyaallah.



HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!!!!!

P/S: Teringin DCT nyanyi tuk bezday aku(berangan ja mampu) ^_^v




Terima kasih.


Suarahalus berkata: Juga ingin menambah lagi banyak ibadah&pahala di muka bumi Allah ni seiring dengan peningkatan usia.Insyaallah.

Wednesday, July 11, 2012

Bila Kesabaran Diuji



Assalamualaikum kawan2


Mesti kita pernah berhadapan dengan situasi yang mencabar dan kesabaran kita diuji dengan hebatnya kan. Mesti kita rasa marah yang teramat sangat kan. Lebih2 lagi ia berpunca dari insan yang bernama MANUSIA. If benda yang menjadi punca, mungkin tahap kesabaran & kemarahan kita berbeza kan (betul ka?). Benda kan tiada akal fikiran, berbanding MANUSIA yang dianugerahkan cukup sifat oleh-NYA.


MANUSIA....sudah namanya MANUSIA...memang mempunyai pelbagai Sifat dan perangai. Allah memang jadikan kita begitu supaya kita  saling melengkapi dan berfikir keagunganNYA. Menjadi tanggungjawab diri kita sendiri bagaimana hendak mencorakkannya menjadi baik mengikut landasan yang betul berdasarkan panduan yang telah diberikanNYA.(sila terima ayat pembuka hari ini yang agak skema dari lubuk hati yang dalam giteww)


Kesabaran aku diuji lagi hari ini, oleh orang yang sama.(Individu terpaksa dirahsiakan demi menjaga keharmonian hidup masing2) Bengang, Marah, geram tahap gaban(ada lagikah tahap yang lebih tinggi dari gaban?) aku bila berdepan, TTTERpaksa berdepan sebenarnya dengan MANUSIA begini.


Lebih2 lagi  MANUSIA ini golongan beliau2 dan berumur,(oh!bukan my mom ok.jangan salah faham) lagi bertambah tahap kemarahan itu. Sepatutnya golongan2 begini lebih matang, berfikiran kedepan, lebih positif dan lebih memahami (kan lebih dulu makan garam) tentang keadaan sekeliling dan keadaan MANUSIA sejagat. barulah golongan belia2 lebih menghormati mereka. Bukan semua berperangai begini, sesetengah ja yang menjadi duri membusukkan nama mereka sendiri sebagai golongan yang di hormati.


Rasa kecewa sebenarnya dengan MANUSIA yang berperangai begini, mau MANUSIA lain menghormati, memahami tetapi diri sendiri tidak seperti itu. Macam mana la diriku tidak TTTERkurang ajar jika perangai sangat2 menguji kesabaran diri sebagai MANUSIA.


Aku yakin PASTI ada hikmahnya ALLAH temukan aku dengan MANUSIA begini. Supaya aku Belajar  lebih berSABAR terutamanya. Alhamdullilah.


** hati sentiasa berzikir & beristigfar jika kesabaranku diuji. Tenang rasa hati. dari melayan rasa amarah diri.


p/s: cuba kira berapa jumlah perkataan MANUSIA di atas.(siapa jawab betul. TERNYATA memang anda pandai mengira) ^_^v



Suarahalus berkata: Air sembahyang juga mampu menghilangkan rasa marah. So, better ambil air sembahyang bila time marah. Insyaallah sangat2 membantu.

Thursday, May 3, 2012

EXAM?????? BETULKAH??????

Assalamualaikum frenz....


Sangat2 serabut sekarang, tiba2 dapat surat dari SPA kena hadiri exam 19/5/2012 ni. Aduhaiii...berdebar2 rasa. confirm nda cukup masa mau study. Bermacam2 benda mau kena study. Dah la lama sudah meninggalkan exam segala ni.


Tapi kena berusaha sehabis dan sebaik boleh. Bila lagi ada peluang macam ni kan.So, time kerja terpaksa curi masa study. diulang TERPAKSA. kalau nda memang nda cukup ilmu di dada nanti time exam. 



Lulus atau gagal belakang kira, yang penting usaha kena bersungguh2 after tu Tawakal ja dengan Allah.If gagal nanti(Nauzubillahiminzalik), at least puas hati kan if dah berusaha sehabis boleh. berbaloi2. 


Exam untuk jawatan apa? nanti lah aku story2 if aku rajin & ada masa.... ^_^v



Ya Allah permudahkanlah bagiku untuk menghadapi exam ini Ya Allah...KAU kuatkanlah ingatanku, KAU bantulah aku...Hanya padamu tempatku memohon...Amminnn.....



Suarahalus berkata: bukan senang mau dapat kerja sekarang, so rebutlah peluang yang terhidang walaupun di luar bidang. ^_^

Monday, March 19, 2012

KENAPA PERUT PERLU DIJAGA

Assalamualaikum kawan-kawan


Perut antara bahagian badan yang sangat2 perlu dijaga. Kenapa? kerana perut adalah punca segala penyakit. bukan aku yang cakap...tapi Nabi yang kita kasihi cakap...


Rasullullah S.A.W bersabda maksudnya:

"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) 




Memang betul & tidak dapat disangkal lagi hadis tersebut. Kerana makan bercampur2 & makan terlalu banyak kemarin (orang kawen punya pasal la ni) menyebabkan perut aku meragam hari ni. Maka timbullah penyakit cirit birit yang sekarang menyerang aku. Dah la kerja, if cuti ok sikit. dugaan betul hari ni. Sabar ja lah.punca dari aku juga kan.. *_^



ok. pas ni nda mau makan banyak & bercampur2 lagi. selain buat cirit birit menambahkan kegemukan dan menghilangkan kecomelan nanti. Yang datang penyakit yang bermacam2. Nauzubillahiminzalik.



Makanlah berpada2 ya kawan2...masa muda ni lah kita kena kawal makan,(menasihati diri sendiri sebenarnya) kena jaga kesihatan. Jangan sampai kita sakit baru mau kawal makan segala. mencegah lebih baik dari merawat kan nabi kita Muhammad s.a.w bersabda seperti maksud hadis di atas.


Jagalah badan dan kesihatan kita. Doakan aku berjaya turunkan berat badan k. tengah berdiet sekarang (hah!jangan ketawa). Orang cakap cirit birit mampu kurangkan berat badan tapi aku nda mau turun dengan cara begini, biar turun dengan semulajadi. nanti hilang dah cirit birit, nafsu makan pun bertambah2 coz perut kosong kan. Maka plan diet pun nda menjadi. Lagipun cirit birit ni buat badan jadi lemah dan hilang tenaga. mau bekerja pun susah. Lesu ja rasa.


So, sebab tu lah kena jaga perut ni. penting tuk kita sebenarnya. Cirit birit ni menginsafkan kita sebenarnya, supaya makan biarlah ikut kemampuan perut kita. kan bersederhana tu dituntut dalam islam.Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. jangan sampai makanan  penuh perut baru mau berhenti makan. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan k.


p/s: untuk menyedarkan diri sendiri sebenarnya yang memang kuat makan. *_^



Makasih!



^_^



 Suarahalus berkata: Sayangi perut kita setiap hari. :-)

Thursday, March 8, 2012

Kehilanganmu benar-benar kami rasai



Assalamualaikum kawan2.....




Lama rasanya mengabaikan blog ni. Walau tahu tidak ramai atau mungkin tiada yang membaca, itu tidak mengapa, tidak terkesan di sukma, apa yang penting, terluah segala yang terpendam di dada


Sungguh hati ini masih mencari kekuatan dalam menempuh hari2 mendatang tanpa insan bergelar bapa. Tanpa tunjang utama keluarga. Duniaku rasa kosong tiba2, Allah ja yang Maha Mengetahui tentang perasaan ini. Namun aku tetap Redha dengan segala ketentuanNya. Dia lebih mengetahui. Sungguh. aku Redha Ya Allah.

 ................................................................


Kami sekeluarga memang rapat dengan arwah bapa. Sangat rapat. Arwah bapa sangat2 Friendly dengan kami adik-beradik. Sangat2 memahami. Sangat2 bertanggungjawab.Sangat2 penyayang. Sangat2 baik. Sangat2 cekal, tabah, Segala2nya PERFECT sebagai seorang bapa. aku bersyukur di kurniakan Allah seorang bapa yang cukup sempurna dalam keluarga.


Arwah bapa jarang sekali memarahi kami. Jauh sekali memukul dan mengherdik  kami adik beradik, walaupun perangai kami adik beradik sangat2 menguji keimanan dan kesabaran sebagai manusia  namun, arwah bapa tetap sabar dengan kami, tetap menyayangi kami, tetap membimbing kami. Tidak pernah hajat kami ditolak oleh arwah bapa, kami mau duit arwah bapa bagi tanpa banyak soal, kami mau  melancong arwah bapa benarkan, malah arwah bapa lah yang menjadi supporter kami kalau kami kemana2, Sebut saja kami mau makan apa, arwah bapa bagi dengan senangnya pada kami adik beradik tanpa mengungkit. Arwah bapa cuba beri kami kesenangan hidup walaupun hakikatnya kami bukanlah dari keluarga yang kaya raya. cuma sederhana. Bagi arwah bapa kami adalah keutamaan dalam segala hal.


Arwah bapa tidak pernah menunjukkan riak tidak suka or buat muka apabila kami mau itu mau ini. Kami dimanjakan seperti budak2 kecil. walaupun hakikatnya kami layak sudah menjadi mama/bapa orang. Kalau ada yang tidak kena di mata arwah bapa, arwah bapa akan tegur dengan cara halus. Tidak marah jauh sekali memaki hamun. Solat berjemaah dan membaca Yasin beramai2 setiap malam Jumaat merupakan rutin yang kami amalkan dan arwah bapa juga sering membawa kami berjemaah di masjid setiap kali giliran arwah bapa menjadi imam. (rindu dengan suasana itu).


Arwah bapa juga rajin membawa kami sekeluarga berjalan2, makan diluar bersama, tidur di hotel beramai2, melancong beramai2,memancing beramai2 (arwah bapa memang suka memancing), berkelah beramai2, solat berjemaah dan pelbagai lagi aktiviti sekeluarga. Sifat kekeluargaan yang ada pada arwah bapa membuatkan kami tidak bosan berada di rumah, malah lebih suka berada di rumah. Menjadikan kami rapat antara satu dengan yang lain. menjadikan rumah kecoh dengan gelak ketawa kami.


Arwah bapa juga suka dan pandai sangat memasak. masakan pedas terutamanya menjadi pilihan masakan bapa. Kerana kami dibiasakan masakan pedas dari kecil, nasi berulamkan lada padi menjadi kebiasaan kami. Setiap masakan mesti ada lada. tidak lengkap rasanya makan tanpa lada. walaupun kadang2 masakan bapa simple  namun tetap licin oleh kami sekeluarga. (aku rindu mau makan masakan bapa).


Sifat arwah bapa yang peramah dan mudah mesra menjadi kan arwah bapa sangat2 disayangi oleh orang2 yang berada di sekeliling. Rakan2 sekerja, pekerja2, bekas anak2 murid, saudara mara, jiran tetangga malah sesiapa sahaja mudah mendekati arwah bapa. Kerana sifat itulah mereka senang datang ke rumah, makan di rumah, lepak di rumah,  kadang2 bagi kami sekeluarga pelbagai makanan or hadiah. Malah anak2 murid arwah bapa juga pernah tinggal di rumah. Kerana itu juga kami mengenali dan mesra dengan mereka semua.Kerana sifat itu jugalah bapa disegani dan di hormati. Bukan sahaja kerana sifatnya, tapi juga kerana ilmu yang arwah bapa miliki.

Sebut sahaja namanya pasti ramai yang mengenali. Kepakaran arwah bapa dalam ilmu agama menjadikan arwah bapa seorang Imam yang dihormati masyarakat. Sering menjadi hakim Tilawah Al-Quran peringkat daerah atau negeri, Sering menjadi hakim Marhaban peringkat negeri, Sering juga di hantar untuk menemuduga imam2 seluruh Sabah, Sering juga di jemput memberi ceramah di seluruh masjid atau surau di Sabah, Dilantik sebagai wali hakim negeri Sabah, pernah menjadi mudir Mahaad Tahfiz Al-Quran negeri Sabah, merupakan pengasas dan guru besar Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah (tempat aku menimba ilmu agama) merupakan sekolah agama yang masih kekal sehingga sekarang, banyak lagi jasa (tidak cukup rasanya mau menyenaraikan semua) arwah bapa terutama pada kami sekeluarga amnya dan pada negeri Sabah khususnya.


Arwah bapa juga sangat2 mementingkan bacaan yang betul dalam membaca Al-Quran. Sungguh Arwah bapa sangat garang dan tegas tentang itu. Ada antara kami adik-beradik yang mengalir airmata kerana dimarah ketika belajar mengaji masa kecil dulu. Tapi, kerana marah itulah kami adik beradik pandai mengaji Al-Quran. Kenal huruf Jawi. pandai baca Jawi. Alhamdulillah. berkat didikan Arwah bapa.


Walaupun kadang2 ada syarat dan peraturan yang arwah bapa tetapkan yang kami tidak sukai, namun kami akur untuk kebaikan kami. Arwah bapalah yang banyak dan sangat2 berjasa dalam kehidupan kami. Memang arwah bapa tiada pengganti. Segala2nya memori,nasihat apa sahaja tetap dan akan sentiasa di hati kami. Kalau hendak menyenaraikan semua nasihat dan memori bersama arwah, rasanya setahun pun tidak mencukupi. Biarlah semuanya tersimpan kemas di sanubari kami.



.................................................................

Tanggal 9 Januari 2012, Isnin, Tarikh dan hari yang tidak akan kami lupakan, perginya seorang insan yang benar2 kami sayangi. Perginya tanpa di duga. tiba2. Tidak ku sangka pagi sebelum pergi kerja tulah kali terakhir aku lihat arwah bapa bernyawa di atas katil tidur lena.


Ya Allah...hanya seruan namaMu yang bergema di hati saat bapa disahkan pergi buat selama2nya. Di jemput Illahi. Airmata jatuh tanpa henti. berat benar dugaanMu Ya Allah. Saat menatap jasad arwah bapa, hati berbisik, " Sungguh bersih muka bapa, tanpa misai dan janggut, tenang mata memandang seolah2 bayi yang tidur dalam senyuman". Alhamdullilah Ya Allah bapa pergi dengan tenang dan aman. Alhamdullilah.



jenazah arwah bapa di mandikan, dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Sabah. tempat bapa berkhidmat. Arwah bapa dimandikan sendiri oleh rakan2 sekerja arwah (sampai penuh bilik mandi jenazah disebabkan ramai yang mau memandikan jenazah). Arwah bapa disembahyangkan oleh imam besar yang juga merupakan rakan sekerja bapa dan anak murid bapa bersama 500 jemaah yang hampir memenuhi ruang solat utama. Arwah bapa di kebumikan pada hari yang sama di kg kelatuan Papar (kg arwah bapa), diiringi lebih 10 buah kereta dari KK ke Papar.  kira2 300 orang menunggu jenazah arwah bapa tiba di tanah perkuburan walaupun time tu hujan.  Alhamdullilah segala2nya berjalan lancar.



Jutaan Terima kasih kami ucapkan atas bantuan, pertolongan, sumbangan, dan sokongan kepada semua ahli keluarga dari Banting, Labuan, Brunei dan yang berada di seluruh Sabah, Sarawak, kawan2 rapat arwah bapa, kawan2 sekerja arwah bapa, anak2 murid arwah bapa, imam2 seluruh Sabah, jiran2 dan semua yang tidak disebutkan nama. Hanya ALLAH sahaja mampu membalas segala2nya. Moga semua mendapat Rahmat dariNYA.Amin.

 .................................................................


* Tiada lagi ketawamu dan ceritamu yang kami dengar.
* Tiada lagi Suaramu memanggil kami..
* Tiada lagi alunan ayat2 suci Al-Quran darimu kami dengar.
* Tiada lagi nasihatmu yang kami terima.
* Tiada lagi yang memasak pedas sesedap masakanmu.
* Tiada lagi solat jemaah berimamkanmu.
* Tiada lagi harapanku untuk dinikahkan oleh bapa sendiri.
* Tiada lagi yang setia tanpa mengeluh menghantar dan mengambilku kerja.
* Tiada lagi PEMBIMBING kami.
* Tiada lagi yang aku panggil "bapa".
* Tiada lagi tanganmu untuk kucium.
* Tiada lagi serinya Ramadhan dan Syawal kami.




Ya Allah tabahkanlah kami, tabahkanlah mama unutk menerima semua ini. Sungguh kami Redha Ya Allah. KAU tempatkanlah dia di kalangan ahli syurga. KAU amankanlah dia di sana. Hanya pusaranya menjadi pengubat rindu kami. AL-FATIHAH.




Kenangan bersamamu ayahanda tetap utuh di hatiku.





p/s: ada cerita ayahanda di blog ni klik. (Blog ni merupakan blog salah seorang anak murid ayahanda)








Suarahalus berkata: Benarlah mati itu rahsia Allah. Datangnya tanpa di duga. perginya mengundang duka cukupkah amalanku ya Allah.....

Saturday, January 21, 2012

PERGINYA INSAN YANG BERGELAR BAPA.

Assalamualaikum kawan2....


Tahun baru, lembaran baru 2012  tanggal 9 JANUARI 2012 aku ditinggalkan buat selama2nya oleh insan yang bergelar BAPA, AYAH, PAPA, ABI buat selama-lamanya. Perginya menyahut panggilan Illahi. Sungguh hati ku amat sedih sangat2. pilu dan rindu yang teramat dengan BAPA. AL-FATIHAH.








moga roh bapa ditempatkan di kalangan ahli syurga.AMIN.





Suarahalus berkata: DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA jua kita kembali.