Thursday, January 31, 2013

Menghitung hari


Assalamualaikum...



Dug dap dug dap rasa hati ni...bermacam-macam perasaan..Ya Allah..semoga Kau permudahkan dan lancarkanlah segala urusan.


Tinggal berapa hari ja lagi...sungguh aku neves!!!


Jomm!!! menghitung hari...hehe



P/s: Menghitung hari tentang sesuatu yang bakal mengubah hidupku..doakan semuanya lancar ya prenz.. ^_^v




Suarahalus berkata: Hanya padaMU Ya ALLAH ku memohon pertolongan..

Wednesday, January 16, 2013

Luahan Rasa Hati





Assalamualaikum....



Alhamdulillah....segala puji hanya untukMU YA ALLAH....tiada kata yang mampu menggambarkan betapa gembiranya aku pagi ini. Sehingga tanpa sedar airmataku jatuh, airmata kegembiraan. 


Hanya perkataan Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar keluar berkali2 dari mulutku. Sangat2 aku bersyukur YA RAHMAN. Atas segala kurniaanMU ke atasku.


Semoga apa yang KAU kurniakan ini kekal untuk selama2nya. Kurniaan yang sangat2 berharga. Biarlah ia kusimpan sebagai rahsia. Sesungguhnya ENGKAU MAHA MENGETAHUI YA RAHIM..



Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar....


Suarahalus berkata: Betapa agungnya kuasa ALLAH..

Wednesday, January 9, 2013

Setahun sudah berlalu






Assalamualaikum & selamat petang..




Setahun yang lalu..pada Tarikh ini bapa pergi meninggalkan kami.Pergi secara tiba2 tanpa kami sangka. Tiada lagi suara gelak tawa, senyum dan gurau senda yang menemani kami.Tiada lagi kasih sayang yang bapa beri. Semua hanya tinggal kenangan kini.


Doaku agar rohmu ayahandaku ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, beramal soleh, di letakkan di tempat yang tinggi dan menjadi di antara penghuni syurgaMu. Aamiinn.


Sedih dan hiba hati ni, Sungguh amat merinduimu ayahandaku. Ya Allah...


Hargailah dan sayangilah ayah & ibu anda selagi mereka masih ada..




Suarahalus berkata: Tidak mampu menahan airmata dari jatuh bila tiap kali teringat Allahyarham ayahanda. Al fatihah.

Tuesday, January 8, 2013

Yang HARAM tetap HARAM






Assalamualaikum and Good Morning prenz....



Selamat Tahun baharu 2013. Jommm!!! kita sama2 menjadi insan yang berusaha MENCAPAI azam dan BUKAN menjadi insan yang hanya TAHU berazam.


Entry pertama di tahun 2013.. Yess aku mau membebel tentang JUDI. Tahukan apa maksud judi? Tahukan Judi itu HARAM? Aku mau membebel lebih tentang judi yang berkaitan NOMBOR EKOR ni. Judi kan banyak jenis, but aku mau fokus lebih pada judi jenis ini.


Kecewa sebenarnya apabila datang kerja pagi ni diTERRdengarkan (TER?) dengan cerita tentang judi ni. Kawan2 kerja bercerita tentang nombor yang kena.nombor ini,nombor itu. Tapi yang sedihnya, ada antara mereka itu BERAGAMA ISLAM. sedih kan. Fenomena ni lama dah berlaku sebenarnya, cuma lebih menyedihkan bila berlaku di depan mata sendiri.


Sedih bila melihat yang beragama islam itu lebih beria2 bercerita dari yang bukan islam. Lebih arif tentang itu, Allahuakbar. Sedih sungguh rasa hatiku pagi ini. Kasihan pada mereka. Alangkah baiknya jika yang diceritakan itu tentang islam. Tentang keindahan agama ini.


Alangkah baiknya jika kaki-kaki itu melangkah ke Masjid daripada tempat haram itu. Lebih 1001 nikmat yang dapat. Lagi bagus andai duit itu dimasukkan ke tabung Masjid. Insyaallah pahala akan kita bawa bukan dosa. 


Hendak di tegur..terasa kerdil diri ini, mereka lebih lama hidup di bumi ini. Maka lebih tahu mana yang Halal mana yang Haram. Tiada kekuatan sebenarnya takut menimbulkan pergaduhan. Yalah, orang kata makin berumur, makin sensitif. Moga Allah beri hidayah pada mereka.


Yang HARAM tetap HARAM. Tidak akan berubah sampai bila2. Bila Allah kata itulah Hukumnya maka, kita sebagai hambanya WAJIB patuh.



Moga Allah beri hidayah dan lindungi kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Menjauhkan kita dari sifat mazmumah dan mendekatkan kita dengan sifat2 mahmudah. Moga Allah tetapkan iman kita. Amiinn.



Mr Google saya pinjam ah.


Semuanya dari hati kita. Apa niat kita. Apa yang kita lakukan semua bermula dari hati kita. Maka itulah ibadah kita juga Allah nilai dari niat kita. Kita yang mewarnakan hati kita. Jangan biarkan hati kita menjadi hitam dan kotor. Jauhkan dari perkara-perkara yang menghitamkan hati kita. Jangan sampai hati kita mati. Nauzubillahiminzalik. Jommm!!! audit hati masing2. kita bersihkan hati kita dari segala kekotoran. Mulakan di tahun baharu ini. 


Moga tercapai azam kalian, pada yang sudah berazam(macam aku sejak maal hijrah hari tu) semak dan nilai sejauh mana dah terlaksana. Moga aku terus bersemangat untuk mencapai azam tahun ni.



Suarahalus berkata: Ayuh sama2 memperbaiki diri. Moga Allah pelihara kita agar terus istiqamah dalam melakukan ibadah dan kebaikkan. Aamiin.

Thursday, December 13, 2012

Kursus kahwinku




Assalamualaikum prenz..



Alhamdulillah..Selamatlah sudah diriku dan chentaku menghadiri kursus kahwin pada 24&25 November 2012 yang lalu. Alhamdulillah. Banyak ilmu yang diperolehi dan yang penting kursus ini sangat2 BEST!.


Aku berani jamin(jamin tue) tidak rugi datang dan bayar Rm100 untuk kursus ni. berbaloi2. Percayalah. Mula2 aku ingat kursus ni mesti membosankan. Yalah dalam kepala otak aku, bila dengar ceramah ja mesti bosan,ngantuk dan segala2.(pemikiran yang biasa bagi orang yang tidak suka dengar ceramah kan.betulkan prenz?) Tapi tidak untuk kursus kahwin di Sabah ni. Prenz p la kalau tidak percaya.


ok. mula2 kalau mau mendaftar kena isi borang dulu. Borang seperti dalam entry ini . Alaaa..gambar yang aku suruh teka tu. Gambar tu actually gambar borang kursus kahwin.hahaha. kena isi borang tu dulu(borang boleh ambil di Mawaddah Management, Wisma Muis.orang sabah pasti tau d mana kan.) then hantar dan bayar RM100. Better bayar terus bagi mengelakkan sebarang masalah timbul kemudian hari.



Lepas hantar borang tu. pihak sana akan bagi prenz resit(kena bawa masa kursus nanti) dan kena bagi sekeping kertas mengandungi syarat2 dan peraturan kursus. Macam gambar di bawah ni:




Masa kursus tersebut akan disediakan pen, buku teks berkenaan perkahwinan(tengok gambar di bawah) dan fail tuk simpan semua benda tu.


Buku ni jadi hak milik peserta.boleh bawa balik rumah. untuk rujukan ya.



Selain tu, akan diberi juga sekeping kertas untuk prenz isi komen2 yang puas hati, tidak puas hati..terlebih puas hati pun boleh..kertas tersebut kena hantar time last kursus.(dan aku lupa hantar kertas komen tu pada urusetia. -_- Oh maafkan saya ---->versi Zizan).


Ni la borang yang aku lupa hantar tu. Aiyooo..


Ada 6 penceramah semuanya dan hampir kesemuanya BESTT! Paling terkesan sekali di hatiku adalah ceramah daripada Tuan pengurus kursus kahwin ini sendiri, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad. Sangat700x berkesan. Pada orang2 Sabah yang belum p kursus kahwin lagi, silalah pergi k. di tempat ni aku syorkan. Kalau aku cerita kompom panjang lagi entry aku ni. So, better prenz p sendirilah. Yang sudah p tapi tempat lain, boleh ja tanya aku di kemudian hari.hehe.


Kesimpulannya(ewah), Kursus ni memang berkesan dan bermanfa'at buat kita bakal2 isteri dan bakal2 suami untuk menghadapi alam rumahtangga yang lebih mencabar. Ilmu yang diberikan sangat2 membantu kita dalam melayari bahtera rumahtangga. Apa yang paling ditegaskan dalam kursus ni, ada tiga perkara seperti yang kita sedia maklum iaitu Akidah, Ibadah dan Akhlak. Jika cukup ketiga2 perkara berkenaan Insyaallah rumahtangga dan kehidupan kita akan bahagia dunia dan akhirat. Jika kita amalkan ketiga2 perkara ni sebelum berumahtangga juga tiada masalah. memang itu asas yang kita kena ada sebagai hambanya di muka bumi ini.


Aku cerita panjang2 pun nanti bosan pula kan, so better prenz rasai sendiri keBESTan kursus ni. Lepas habis kursus prenz kompom kena bagi terus sijil kursus praperkahwinan ni. Tidak payah tunggu sehingga seminggu tuk dapat sijil ni. kena bagi terus ok. Dun Worry.


beginilah rupa sijil tu. sorang satu sijil ok.


Selepas dua hari penat(penat sangatlah kononnya) berkursus, prenz bolehlah menyantaikan diri di tepi pantai yang indah. Sambil menghirup udara yang segar.


Pantai Tanjung Aru Sabah ^_^v


sekian saja bebelan yang panjang hari ni..



Daaaa...




Suarahalus berkata: Semoga segala perancangan menuju ke sana diberkati oleh MU ya ALLAH..

Friday, November 16, 2012

Selamat Tahun Baru






Assalamualaikum prenz



Selamat tahun baru....salam Maal Hijrah 1434 H. semoga tahun baru ini memberi kita sinar baru dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar ni. 


Azam aku Tahun ni? emmm banyak sebenarnya...dari semua aspek kehidupan. Apa yang penting aku ingin memajukan diri dalam semua bidang. Berubah kepada yang lebih baik. Cari kerja lain yang lebih stabil (Aminnn) agar aku dapat membantu keluarga aku dan dapat kahwin cepat.eh. Dan banyak lagi azam yang aku ingin capai di tahun baru ni. Merangkumi kehidupan dunia dan akhirat. Semoga semuanya dipermudahkan dan diperkenankan olehNYA. Aminnn..


Jommm kita sama2 berazam dan berusaha mencapainya. ^_^v










Suarahalus berkata: Tahun baru Masihi juga bakal menjelma. debaran jantung makin terasa. kenapakah?

Friday, November 9, 2012

Perancangan ke sana





Assalamualaikum prenz....




Entry kali ni entry sejuk dah. Belum lagi bertukar jadi Hulk (harap2 janganlah bertukar lagi.penat tau). Nanti ada pula yang fikir aku ni panas baran. sikit2 mau marah. Isshhh tolong jangan berfikir begitu. aku wanita normal ok yang tau marah. so biasalah tu marah, sedih, gumbira, ketawa , menangis, ceria lumrah kehidupan. Warna-warna kehidupan kannn..lagipun bukan semua entry aku jadi Hulk. Ada juga aku jadi Ultraman, Spiderman, Cicakman..eh apa yang aku merepek ni. dah2 jangan di layan.


Selamat Hari Raya Korban prenz (eh.lambatnya aku wish.memangselalubegitu.silatepuktangan). Aku sibuk sebenarnya. Tu yang tidak dapat menyinggah di blogku ini. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan urusan peribadi dan sibuk dengan alam sekeliling yang memerlukan komitmen dari diri ini.chewahhh.


Tapi aku tiada mood la prenz mau story mory pasal raya Korban. Rasa sedih ja diri ini bila sambut Raya korban. Banyak saaaaaaangat memori dengan Allayharham Ayahanda. Lagipun Raya Korban laaama dah kan berlalu. basi dah cerita.aku baru mau cerita. Apakahhalnya? so, kita story tentang lain. ubah topik. ubah topik.


ok. sekarang diriku sedang menyiapkan diri ke arah itu. arah apakah itu? haaaa....itu rahsia...tunggu....


sebagai langkah pertama. diriku kena ambil ni kursus...kursus juga rahsia. if aku dah selamat menghadiri kursus tu baru aku story mory k...Semua akan diberitahu kemudian. Insyaallah. Tunggu ja lah prenz...semua masih dalam perancangan lagi. 


Tapi aku bagi klu juga la...klu dengan sekeping gambar boleh...??? Siapa dapat teka memang hebatlah. Senang ja. Pada sesiapa yang pernah menghadiri kursus ni mesti tau punyalah.




tekalah...tekalah.....prenz kan bijak pandai.... ^_^v









Tu ja lah yang aku mau membebel hari ni...



Sekian Terima Kasih kerana membaca bebelanku.



Suarahalus berkata: Kita hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan. Semoga segalanya dipermudahkan dan dilancarkan olehNYA. AAAMMMIIINNNN......