Friday, August 17, 2012

Ramadhan Jangan pergi





 Assalamualaikum frenz....


Rasa sekejap ja kan kita berpuasa.menempuh bulan yang mulia.belum cukup rasanya masa sebulan untuk kita merebut ganjaran yang ada di dalam bulan Ramadhan,yang mana ganjarannya berlipat ganda.kena tunggu 11 bulan lagi.Semoga kita diberi umur yang panjang untuk bertemu Ramadhan tahun depan.Aminnnn.....


InsyaAllah dalam beberapa hari lagi kita akan berhari Raya.Tapi semangat aku berhari raya macam tiada.macam tiada mood.entah kenapa.macam Ramadhan tu cepat sangat ke penghujung.sampai orang wish aku "selamat Hari Raya" pun aku macam blurr.dalam hati cakap "awal lagi mau raya"(padahal 2 hari lg syawal tiba).kenapakah dengan aku?


Tertanya2 aku sendiri.Mungkin aku bersedih Ramdhan itu bakal pergi.Takut tidak aku temui lagi.Ya Illahi...kau panjangkanlah umur ku agar aku dapat lagi merasai Ramadhan yang indah ini.Aminnn....




   *Gambar dari Tuan Google*




Tertarik pula aku dengan kartun ni...ngam dengan apa yang aku rasa sekarang.jumpa dekat wall fb.nice.




Monday, August 6, 2012

Happy Birthday to me!!!!!



Assalamualaikum frenz...


Selamat berpuasa.dah puasa ke 17 hari ni baru aku mau wish. tapi tidak pa yang penting belum habis puasa lagi kan.Semoga Ibadah kita diterima olehNYA.Jom sama2 kita tingkatkan amalan di bulan mulia ni.Ditambah pula hari ni Nuzul Al-Quran kan.siapa2 yang liat buka Al-Quran tu,ni la masanya juga tuk buka,pelajari,baca dan fahami apa yang terkandung di dalamnya.Jangan hanya jadikan Al-quran sebagai hiasan di almari2 cantik frenz sekalian k.


4 Ogos lalu(2 hari dah berlalu) Juga tahun ke-2 besday aku di bulan puasa.(baru sempat menulis hari ni.haha) Tahun lalu juga begitu. Bertuah kan.jarang orang besday time puasa.Di bulan yang mulia.


Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izinNYA aku masih lagi di beri ruang dan peluang untuk bernafas di muka bumiNYA ni. 26 Tahun.YA.26 TAHUN. itulah umur aku.tua ka? haha sangat2 tidak kisah makin tua.coz tua itu lumrah hidup.semua orang akan menghadapinya.pakai botox ka,cucuk sana cucuk sini tua tetap akan datang.tiada apa yang perlu di takutkan dengan tua.


Banyak juga frenz yang wish aku di fb.Thank You sooo much frenz2 sekalian.Ingatan anda sangat2 dihargai.Memandangkan bulan puasa, tiada sambutan untuk besdayku. tapi aku tidak kisah
sebenarnya.sambut atau tidak.cukup ingatan dan doa orang sekeliling sudah memadai bagiku.


umur tu layak dah kawen kan.doa2kan aku supaya di permudahkan ke arah itu.menghalalkan yang haram di sisi Allah.Aminnn.kadang2 kita tidak tahu mau jawab apa kan bila orang tanya bila mau kawen.Soalan yang kita sendiri tiada jawapan.tapi soalan tu juga yang sering ditanya.manusia memang begitu kan.sudah tau tanya lagi.hahaha.macam orang cakap jodoh ajal dan maut di tangan Allah.kerja Allah dan Rahsia Allah.Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita tentang itu.Yakinlah!



Semoga aku dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dalam semua perkara,dipermudahkan dalam segala hal,semoga impian aku tercapai.doa2kan ya frenz.Insyaallah.



HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!!!!!

P/S: Teringin DCT nyanyi tuk bezday aku(berangan ja mampu) ^_^v




Terima kasih.


Suarahalus berkata: Juga ingin menambah lagi banyak ibadah&pahala di muka bumi Allah ni seiring dengan peningkatan usia.Insyaallah.

Wednesday, July 11, 2012

Bila Kesabaran Diuji



Assalamualaikum kawan2


Mesti kita pernah berhadapan dengan situasi yang mencabar dan kesabaran kita diuji dengan hebatnya kan. Mesti kita rasa marah yang teramat sangat kan. Lebih2 lagi ia berpunca dari insan yang bernama MANUSIA. If benda yang menjadi punca, mungkin tahap kesabaran & kemarahan kita berbeza kan (betul ka?). Benda kan tiada akal fikiran, berbanding MANUSIA yang dianugerahkan cukup sifat oleh-NYA.


MANUSIA....sudah namanya MANUSIA...memang mempunyai pelbagai Sifat dan perangai. Allah memang jadikan kita begitu supaya kita  saling melengkapi dan berfikir keagunganNYA. Menjadi tanggungjawab diri kita sendiri bagaimana hendak mencorakkannya menjadi baik mengikut landasan yang betul berdasarkan panduan yang telah diberikanNYA.(sila terima ayat pembuka hari ini yang agak skema dari lubuk hati yang dalam giteww)


Kesabaran aku diuji lagi hari ini, oleh orang yang sama.(Individu terpaksa dirahsiakan demi menjaga keharmonian hidup masing2) Bengang, Marah, geram tahap gaban(ada lagikah tahap yang lebih tinggi dari gaban?) aku bila berdepan, TTTERpaksa berdepan sebenarnya dengan MANUSIA begini.


Lebih2 lagi  MANUSIA ini golongan beliau2 dan berumur,(oh!bukan my mom ok.jangan salah faham) lagi bertambah tahap kemarahan itu. Sepatutnya golongan2 begini lebih matang, berfikiran kedepan, lebih positif dan lebih memahami (kan lebih dulu makan garam) tentang keadaan sekeliling dan keadaan MANUSIA sejagat. barulah golongan belia2 lebih menghormati mereka. Bukan semua berperangai begini, sesetengah ja yang menjadi duri membusukkan nama mereka sendiri sebagai golongan yang di hormati.


Rasa kecewa sebenarnya dengan MANUSIA yang berperangai begini, mau MANUSIA lain menghormati, memahami tetapi diri sendiri tidak seperti itu. Macam mana la diriku tidak TTTERkurang ajar jika perangai sangat2 menguji kesabaran diri sebagai MANUSIA.


Aku yakin PASTI ada hikmahnya ALLAH temukan aku dengan MANUSIA begini. Supaya aku Belajar  lebih berSABAR terutamanya. Alhamdullilah.


** hati sentiasa berzikir & beristigfar jika kesabaranku diuji. Tenang rasa hati. dari melayan rasa amarah diri.


p/s: cuba kira berapa jumlah perkataan MANUSIA di atas.(siapa jawab betul. TERNYATA memang anda pandai mengira) ^_^v



Suarahalus berkata: Air sembahyang juga mampu menghilangkan rasa marah. So, better ambil air sembahyang bila time marah. Insyaallah sangat2 membantu.

Thursday, May 3, 2012

EXAM?????? BETULKAH??????

Assalamualaikum frenz....


Sangat2 serabut sekarang, tiba2 dapat surat dari SPA kena hadiri exam 19/5/2012 ni. Aduhaiii...berdebar2 rasa. confirm nda cukup masa mau study. Bermacam2 benda mau kena study. Dah la lama sudah meninggalkan exam segala ni.


Tapi kena berusaha sehabis dan sebaik boleh. Bila lagi ada peluang macam ni kan.So, time kerja terpaksa curi masa study. diulang TERPAKSA. kalau nda memang nda cukup ilmu di dada nanti time exam. 



Lulus atau gagal belakang kira, yang penting usaha kena bersungguh2 after tu Tawakal ja dengan Allah.If gagal nanti(Nauzubillahiminzalik), at least puas hati kan if dah berusaha sehabis boleh. berbaloi2. 


Exam untuk jawatan apa? nanti lah aku story2 if aku rajin & ada masa.... ^_^v



Ya Allah permudahkanlah bagiku untuk menghadapi exam ini Ya Allah...KAU kuatkanlah ingatanku, KAU bantulah aku...Hanya padamu tempatku memohon...Amminnn.....



Suarahalus berkata: bukan senang mau dapat kerja sekarang, so rebutlah peluang yang terhidang walaupun di luar bidang. ^_^

Monday, March 19, 2012

KENAPA PERUT PERLU DIJAGA

Assalamualaikum kawan-kawan


Perut antara bahagian badan yang sangat2 perlu dijaga. Kenapa? kerana perut adalah punca segala penyakit. bukan aku yang cakap...tapi Nabi yang kita kasihi cakap...


Rasullullah S.A.W bersabda maksudnya:

"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) 




Memang betul & tidak dapat disangkal lagi hadis tersebut. Kerana makan bercampur2 & makan terlalu banyak kemarin (orang kawen punya pasal la ni) menyebabkan perut aku meragam hari ni. Maka timbullah penyakit cirit birit yang sekarang menyerang aku. Dah la kerja, if cuti ok sikit. dugaan betul hari ni. Sabar ja lah.punca dari aku juga kan.. *_^



ok. pas ni nda mau makan banyak & bercampur2 lagi. selain buat cirit birit menambahkan kegemukan dan menghilangkan kecomelan nanti. Yang datang penyakit yang bermacam2. Nauzubillahiminzalik.



Makanlah berpada2 ya kawan2...masa muda ni lah kita kena kawal makan,(menasihati diri sendiri sebenarnya) kena jaga kesihatan. Jangan sampai kita sakit baru mau kawal makan segala. mencegah lebih baik dari merawat kan nabi kita Muhammad s.a.w bersabda seperti maksud hadis di atas.


Jagalah badan dan kesihatan kita. Doakan aku berjaya turunkan berat badan k. tengah berdiet sekarang (hah!jangan ketawa). Orang cakap cirit birit mampu kurangkan berat badan tapi aku nda mau turun dengan cara begini, biar turun dengan semulajadi. nanti hilang dah cirit birit, nafsu makan pun bertambah2 coz perut kosong kan. Maka plan diet pun nda menjadi. Lagipun cirit birit ni buat badan jadi lemah dan hilang tenaga. mau bekerja pun susah. Lesu ja rasa.


So, sebab tu lah kena jaga perut ni. penting tuk kita sebenarnya. Cirit birit ni menginsafkan kita sebenarnya, supaya makan biarlah ikut kemampuan perut kita. kan bersederhana tu dituntut dalam islam.Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. jangan sampai makanan  penuh perut baru mau berhenti makan. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan k.


p/s: untuk menyedarkan diri sendiri sebenarnya yang memang kuat makan. *_^



Makasih!



^_^



 Suarahalus berkata: Sayangi perut kita setiap hari. :-)

Thursday, March 8, 2012

Kehilanganmu benar-benar kami rasai



Assalamualaikum kawan2.....




Lama rasanya mengabaikan blog ni. Walau tahu tidak ramai atau mungkin tiada yang membaca, itu tidak mengapa, tidak terkesan di sukma, apa yang penting, terluah segala yang terpendam di dada


Sungguh hati ini masih mencari kekuatan dalam menempuh hari2 mendatang tanpa insan bergelar bapa. Tanpa tunjang utama keluarga. Duniaku rasa kosong tiba2, Allah ja yang Maha Mengetahui tentang perasaan ini. Namun aku tetap Redha dengan segala ketentuanNya. Dia lebih mengetahui. Sungguh. aku Redha Ya Allah.

 ................................................................


Kami sekeluarga memang rapat dengan arwah bapa. Sangat rapat. Arwah bapa sangat2 Friendly dengan kami adik-beradik. Sangat2 memahami. Sangat2 bertanggungjawab.Sangat2 penyayang. Sangat2 baik. Sangat2 cekal, tabah, Segala2nya PERFECT sebagai seorang bapa. aku bersyukur di kurniakan Allah seorang bapa yang cukup sempurna dalam keluarga.


Arwah bapa jarang sekali memarahi kami. Jauh sekali memukul dan mengherdik  kami adik beradik, walaupun perangai kami adik beradik sangat2 menguji keimanan dan kesabaran sebagai manusia  namun, arwah bapa tetap sabar dengan kami, tetap menyayangi kami, tetap membimbing kami. Tidak pernah hajat kami ditolak oleh arwah bapa, kami mau duit arwah bapa bagi tanpa banyak soal, kami mau  melancong arwah bapa benarkan, malah arwah bapa lah yang menjadi supporter kami kalau kami kemana2, Sebut saja kami mau makan apa, arwah bapa bagi dengan senangnya pada kami adik beradik tanpa mengungkit. Arwah bapa cuba beri kami kesenangan hidup walaupun hakikatnya kami bukanlah dari keluarga yang kaya raya. cuma sederhana. Bagi arwah bapa kami adalah keutamaan dalam segala hal.


Arwah bapa tidak pernah menunjukkan riak tidak suka or buat muka apabila kami mau itu mau ini. Kami dimanjakan seperti budak2 kecil. walaupun hakikatnya kami layak sudah menjadi mama/bapa orang. Kalau ada yang tidak kena di mata arwah bapa, arwah bapa akan tegur dengan cara halus. Tidak marah jauh sekali memaki hamun. Solat berjemaah dan membaca Yasin beramai2 setiap malam Jumaat merupakan rutin yang kami amalkan dan arwah bapa juga sering membawa kami berjemaah di masjid setiap kali giliran arwah bapa menjadi imam. (rindu dengan suasana itu).


Arwah bapa juga rajin membawa kami sekeluarga berjalan2, makan diluar bersama, tidur di hotel beramai2, melancong beramai2,memancing beramai2 (arwah bapa memang suka memancing), berkelah beramai2, solat berjemaah dan pelbagai lagi aktiviti sekeluarga. Sifat kekeluargaan yang ada pada arwah bapa membuatkan kami tidak bosan berada di rumah, malah lebih suka berada di rumah. Menjadikan kami rapat antara satu dengan yang lain. menjadikan rumah kecoh dengan gelak ketawa kami.


Arwah bapa juga suka dan pandai sangat memasak. masakan pedas terutamanya menjadi pilihan masakan bapa. Kerana kami dibiasakan masakan pedas dari kecil, nasi berulamkan lada padi menjadi kebiasaan kami. Setiap masakan mesti ada lada. tidak lengkap rasanya makan tanpa lada. walaupun kadang2 masakan bapa simple  namun tetap licin oleh kami sekeluarga. (aku rindu mau makan masakan bapa).


Sifat arwah bapa yang peramah dan mudah mesra menjadi kan arwah bapa sangat2 disayangi oleh orang2 yang berada di sekeliling. Rakan2 sekerja, pekerja2, bekas anak2 murid, saudara mara, jiran tetangga malah sesiapa sahaja mudah mendekati arwah bapa. Kerana sifat itulah mereka senang datang ke rumah, makan di rumah, lepak di rumah,  kadang2 bagi kami sekeluarga pelbagai makanan or hadiah. Malah anak2 murid arwah bapa juga pernah tinggal di rumah. Kerana itu juga kami mengenali dan mesra dengan mereka semua.Kerana sifat itu jugalah bapa disegani dan di hormati. Bukan sahaja kerana sifatnya, tapi juga kerana ilmu yang arwah bapa miliki.

Sebut sahaja namanya pasti ramai yang mengenali. Kepakaran arwah bapa dalam ilmu agama menjadikan arwah bapa seorang Imam yang dihormati masyarakat. Sering menjadi hakim Tilawah Al-Quran peringkat daerah atau negeri, Sering menjadi hakim Marhaban peringkat negeri, Sering juga di hantar untuk menemuduga imam2 seluruh Sabah, Sering juga di jemput memberi ceramah di seluruh masjid atau surau di Sabah, Dilantik sebagai wali hakim negeri Sabah, pernah menjadi mudir Mahaad Tahfiz Al-Quran negeri Sabah, merupakan pengasas dan guru besar Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah (tempat aku menimba ilmu agama) merupakan sekolah agama yang masih kekal sehingga sekarang, banyak lagi jasa (tidak cukup rasanya mau menyenaraikan semua) arwah bapa terutama pada kami sekeluarga amnya dan pada negeri Sabah khususnya.


Arwah bapa juga sangat2 mementingkan bacaan yang betul dalam membaca Al-Quran. Sungguh Arwah bapa sangat garang dan tegas tentang itu. Ada antara kami adik-beradik yang mengalir airmata kerana dimarah ketika belajar mengaji masa kecil dulu. Tapi, kerana marah itulah kami adik beradik pandai mengaji Al-Quran. Kenal huruf Jawi. pandai baca Jawi. Alhamdulillah. berkat didikan Arwah bapa.


Walaupun kadang2 ada syarat dan peraturan yang arwah bapa tetapkan yang kami tidak sukai, namun kami akur untuk kebaikan kami. Arwah bapalah yang banyak dan sangat2 berjasa dalam kehidupan kami. Memang arwah bapa tiada pengganti. Segala2nya memori,nasihat apa sahaja tetap dan akan sentiasa di hati kami. Kalau hendak menyenaraikan semua nasihat dan memori bersama arwah, rasanya setahun pun tidak mencukupi. Biarlah semuanya tersimpan kemas di sanubari kami.



.................................................................

Tanggal 9 Januari 2012, Isnin, Tarikh dan hari yang tidak akan kami lupakan, perginya seorang insan yang benar2 kami sayangi. Perginya tanpa di duga. tiba2. Tidak ku sangka pagi sebelum pergi kerja tulah kali terakhir aku lihat arwah bapa bernyawa di atas katil tidur lena.


Ya Allah...hanya seruan namaMu yang bergema di hati saat bapa disahkan pergi buat selama2nya. Di jemput Illahi. Airmata jatuh tanpa henti. berat benar dugaanMu Ya Allah. Saat menatap jasad arwah bapa, hati berbisik, " Sungguh bersih muka bapa, tanpa misai dan janggut, tenang mata memandang seolah2 bayi yang tidur dalam senyuman". Alhamdullilah Ya Allah bapa pergi dengan tenang dan aman. Alhamdullilah.



jenazah arwah bapa di mandikan, dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Sabah. tempat bapa berkhidmat. Arwah bapa dimandikan sendiri oleh rakan2 sekerja arwah (sampai penuh bilik mandi jenazah disebabkan ramai yang mau memandikan jenazah). Arwah bapa disembahyangkan oleh imam besar yang juga merupakan rakan sekerja bapa dan anak murid bapa bersama 500 jemaah yang hampir memenuhi ruang solat utama. Arwah bapa di kebumikan pada hari yang sama di kg kelatuan Papar (kg arwah bapa), diiringi lebih 10 buah kereta dari KK ke Papar.  kira2 300 orang menunggu jenazah arwah bapa tiba di tanah perkuburan walaupun time tu hujan.  Alhamdullilah segala2nya berjalan lancar.



Jutaan Terima kasih kami ucapkan atas bantuan, pertolongan, sumbangan, dan sokongan kepada semua ahli keluarga dari Banting, Labuan, Brunei dan yang berada di seluruh Sabah, Sarawak, kawan2 rapat arwah bapa, kawan2 sekerja arwah bapa, anak2 murid arwah bapa, imam2 seluruh Sabah, jiran2 dan semua yang tidak disebutkan nama. Hanya ALLAH sahaja mampu membalas segala2nya. Moga semua mendapat Rahmat dariNYA.Amin.

 .................................................................


* Tiada lagi ketawamu dan ceritamu yang kami dengar.
* Tiada lagi Suaramu memanggil kami..
* Tiada lagi alunan ayat2 suci Al-Quran darimu kami dengar.
* Tiada lagi nasihatmu yang kami terima.
* Tiada lagi yang memasak pedas sesedap masakanmu.
* Tiada lagi solat jemaah berimamkanmu.
* Tiada lagi harapanku untuk dinikahkan oleh bapa sendiri.
* Tiada lagi yang setia tanpa mengeluh menghantar dan mengambilku kerja.
* Tiada lagi PEMBIMBING kami.
* Tiada lagi yang aku panggil "bapa".
* Tiada lagi tanganmu untuk kucium.
* Tiada lagi serinya Ramadhan dan Syawal kami.




Ya Allah tabahkanlah kami, tabahkanlah mama unutk menerima semua ini. Sungguh kami Redha Ya Allah. KAU tempatkanlah dia di kalangan ahli syurga. KAU amankanlah dia di sana. Hanya pusaranya menjadi pengubat rindu kami. AL-FATIHAH.




Kenangan bersamamu ayahanda tetap utuh di hatiku.





p/s: ada cerita ayahanda di blog ni klik. (Blog ni merupakan blog salah seorang anak murid ayahanda)








Suarahalus berkata: Benarlah mati itu rahsia Allah. Datangnya tanpa di duga. perginya mengundang duka cukupkah amalanku ya Allah.....

Saturday, January 21, 2012

PERGINYA INSAN YANG BERGELAR BAPA.

Assalamualaikum kawan2....


Tahun baru, lembaran baru 2012  tanggal 9 JANUARI 2012 aku ditinggalkan buat selama2nya oleh insan yang bergelar BAPA, AYAH, PAPA, ABI buat selama-lamanya. Perginya menyahut panggilan Illahi. Sungguh hati ku amat sedih sangat2. pilu dan rindu yang teramat dengan BAPA. AL-FATIHAH.








moga roh bapa ditempatkan di kalangan ahli syurga.AMIN.





Suarahalus berkata: DaripadaNYA kita datang, kepadaNYA jua kita kembali.